Hi! You're Online Now

TEKNIK MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU

Seringkali kita mendengar keluhan dari pelajar ketika diberi latihan untuk membuat karangan. Bagaimana cara untuk membuat karangan yang baik? mari kita ketahui tips ini bersama.

1) Merangka karangan

  • Baca soalan dengan jelas sebelum merangka karangan. 
  • Pilih tajuk yang kita mempunyai banyak maklumat atau yang kita pernah buat persediaan.
Ketika merangka karangan carilah fakta dan isi yang terbaik contohnya :-
  1. Keluarkan pengalaman dan pembacaan yang lalu.
  2. Ada intro, isi dan penutup.
Jangan menghabiskan masa terlalu lama dalam merangka karangan. Yang diperiksa ialah karangan bukan rangkanya.


2) Karangan berbentuk fakta

  • Cari contoh yang terbaik berkaitan dengan fakta yang diberikan.
  • Contoh global atau universal lebih diutamakan.
  • Gunakan peribahasa, pantun atau kata-kata hikmah orang ternama untuk membuat karangan lebih menarik.
  • Beri huraian yang lengkap dan padat.
  • Tidak berulang-ulang dalam mengemukakan isi.
  • Perbahasan dan hujah hendaklah matang.
  • Isi terkini.


3) Karangan berbentuk cerita
  • Jalan cerita hendaklah menarik.
  • Ada watak yang menarik.
  • Ada perkembangan watak.
  • Ada klimaks.
  • Jangan membosankan.
  • Bayangkan diri anda terlibat di dalam situasi cerita tersebut.
  • Ada pengajaran yang bermanfaat dari cerita tersebut.
  • Berhati-hati dengan tanda bacaan.

Kaedah umum menguasai Bahasa Melayu
  • Mandalami tatabahasa.
  • Guna ayat yang pendek, ringkas dan jelas.
  • Mengetahui cara membuat ayat yang menarik.
  • Menambah pengetahuan dengan banyak keratan akhbar dan membaca.
  • Mengumpul semua rencana yang berfaedah dan berkaitan.
  • Tiru rencana yang baik dengan menulis semula menggunakan stail dan bahasa sendiri.
  • Libatkan diri di dalam aktiviti forum, bahasa dan pidato.
  • Tawar diri untuk menjadi pengerusi majlis dalam setiap program sama ada yang kecil mahupun yang besar.