Hi! You're Online Now

6 TIPS SKOR A MATEMATIK SPM



Assalamualaikum dan selamat petang..
Ujian satu (1) dah berlalu.. Bakal menyusul peperiksaan yang seterusnya.. Nak skor A dalam semua subjek? Terutama subjek Matematik? Mari kami kongsikan tips skor A kertas matematik bagi pelajar yang ambil SPM pada tahun ini..



1. CEKAP GUNA KALKULATOR SAINTIFIK

  • Yes nampak macam mudah dan cukup masa bila exam boleh pakai kalkulator. Sebenarnya menggunakan kalkulator pun perlukan skill supaya pengiraan boleh dibuat cepat. Tips ini mungkin ada yang tak nampak kelebihan dia. Tapi percayalah, kalau cekap dan mahir guna kalkulator saintifik, ianya akan mempercepatkan anda menjawab sesuatu soalan. 
  • Untuk mahir guna kalkulator perlu selalu buat latihan barulah jari jemari tu pantas je menekan nombor kat kalkulator saintifik. Bila mengantuk, cuba buat latihan matematik sebab ketika itu kita akan pegang pensil dan tekan-tekan kalkulator. Apabila kerap lakukan, kita akan mahir menekan nombor tanpa melihat. Hebat betulkan?

2. MAHIR SIFIR
  • Sangat mengakui kalau sifir tak kuasai memang agak susah nak skor matematik. Terutama bagi tajuk pemfaktoran, pelajar sangat senang selesaikan masalah kalau hafal sifir. 
  • Bagi soalan-soalan yang mudah dan boleh diselesaikan dengan mencongak dan tidak perlu menekan kalkulator lagi. Kalau 7x2, 10x5 pun nak guna kalkulator, 9 bahagi 3 pun guna kalkulator memang membazir masa. Sedangkan masa tu boleh guna untuk jawab soalan-soalan yang lebih susah. 
  • So kalau rasa perlu hafal sifir , hafal sahaja tanpa segan silu. Kalau kawan gelakkan pun, tidak mengapa kerana belum tentu kawan semua hafal sifir macam anda. 

3. PANDAI ANALISIS SOALAN 
  • Kena pandai analisis soalan supaya faham apa kehendak soalan. Kumpulkan info yang diberi dan analisis apa yang soalan dan kenalpasti teori matematik mana yang perlu diapply dalam soalan tersebut. 
  • Tiada cara lain nak mahir analisis soalan hanya dengan latihan sahaja kita mampu kenalpasti soalan nak apa. Dan sangat seronok bila soalan yang keluar adalah soalan yang kita dah pernah buat dan bincang dengan kawan-kawan dan guru. Bonus extravaganza namanya. 

4. SOALAN SUSAH? KITA TINGGALKAN DULU
  • Kalau baca soalan 2 atau 3 kali soalan supaya kita betul faham apa soalan nak. Kalau baca still tak faham, tinggalkan dulu jangan tunggu kat soalan tu sehingga makan masa. Teruskan buat soalan yang lain, baik hilang 2-3 markah tapi jangan hilang 20-30 markah. Rugikan?
  • Jadi apa perlu kita buat jangan panik tinggalkan sekejap soalan tu nanti kita tengok semula selepas habis jawab soalan yang kita dah yakin tadi. So bila dah habis buat soalan yang rasa boleh jawab.
  • Tarik nafas dalam-dalam dan cuba baca semula soalan yang kita rasa susah tadi. Insha Allah tiba-tiba je ada idea nak jawab soalan tadi.

5. DOUBLE CHECK JAWAPAN
  • Gunakan masa sebaik mungkin. Mungkin ada kawan-kawan yang dah habis je jawab exam terus keluar dari dewan. Jangan sesekali buat macam ni. Gunakan masa yang ada semaksimum yang boleh. Double check jawapan exam, memang selalu sangat kita kadang-kadang tersilap kira atau tulis. Dalam matematik silap tulis satu angka pun boleh salah keseluruhan pengiraan. So gunakan waktu hujung-hujung untuk double check jawapan. 

6. DONT CARELESS
  • Satu perkara lagi jangan careless. Sebab dalam matematik satu angka salah kita tulis memang akan effect sampai bawah-bawah nanti. Makesure angka yang dibagi sama dengan nombor yang kita tulis masa nak mulakan pengiraan. Masa jawab exam pun kena tenangt dan jangan takut. Takut semua benda takkan jadi. As a Muslim, buatlah soalat hajat sebelum peperiksaan besar macam ni. Minta diberi petunjuk, ilham, ketenangan ketika menjawab soalan. Minta doa dan restu dari mak ayah dan guru-guru.

Sekian saja, harap 6 tips pada hari ini sangat berguna untuk calon-calon exam SPM tahun ini..


.
.
.
JOM DAFTAR DI ANKABOOT ACADEMY
CIKGU MATEMATIK BERPENGALAMAN MENANTI ANDA
JOM SHARE KALAU RASA USEFULL UNTUK KAWAN KAWAN ATAU SEDARA MARA