Hi! You're Online Now

KEHEBATAN DOA IBUBAPA KEPADA ANAK-ANAK

Sejauh mana ibubapa mengamalkan doa kepada anak-anak dan seramai mana ibubapa diluar sana yang mempraktikkan amalan membaca doa ini dalam kehidupan harian mereka. Ramai yang tidak mengetahui atau menyedari bahawa doa ibubapa mempunyai sejuta rahsia dan amat mustajab. Sedangkan dalam Al-Quran mempunyai banyak doa yang boleh diamalkan untuk kesejahteraan dan kejayaan anak-anak di dunia dan akhirat. Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah menegaskan 3 golongan jika berdoa dimakbulkan iaitu orang yang dizalimi, orang musaffir dan doa ibubapa kepada anaknya.

 DOA UNTUK ANAK RAJIN BELAJAR, LEMBUT HATI, TIDAK NAKAL DAN MENDENGAR KATA.

>> Waktu anak sedang tidur amalkan baca :-
a) surah fatihah-1x
b) ayatul kursi- 1x


c) surah al-insyirah

d) surah toha (1-5)

Kemudian, hembuskan pada ubun anak-anak niatkan agar anak-anak jadi anak soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar, rajin solat, tidak nakal, dengar kata ibubapa dan apa apa jua yang kita hajatkan. InshaAllah moga Allah permudahkan anak anak anda.