Hi! You're Online Now

3 CARA MENINGKATKAN TUMPUAN ANAK DALAM KELAS

ANAK YANG SUKAR MEMBERI TUMPUAN DI SEKOLAH SERINGKALI JADI PERSOALAN YANG SERIUS ANTARA IBU BAPA DAN GURU

Hal ini berlaku kerana berkemungkinan besar mereka mengalami kesukaran mengikuti pelajaran dengan baik. Namun, ia bukanlah bererti yang anak tersebut tidak bijak. Boleh jadi, mereka memang memiliki kecerdasan lain yang tidak terasah di kelas. Anak yang tidak dapat fokus di sekolah adalah cabaran bagi ibubapa dan guru. Bahkan, perasaan "gagal mendidik anak" seringkali merendahkan kepercayaan diri ibubapa dan guru. Sebelum kita marah terhadap anak kita, ada baiknya kita selidik dulu cara mendidik anak dan ketahui di mana minat dan bakat mereka. Beberapa cara ini dapat membantu anda mengatasi masalah anak yang sukar memberi tumpuan di kelas.

1) AJAK BERBUAL

Berapa rapatkah anda dengan anak-anak anda? Adakah anda sering mengajak merek untuk berbual setiap hari? Semasa berbual dengan anak, adakah anda mendengar kata-kata mereka?

Jika belum, inilah saatnya untuk memulakan perbualan dengan si kecil. Tanyakan padanya dengan lembut, apa yang menyebabkan mereka susah untuk berikan tumpuan di kelas? Apa yang mereka susah untuk berikan tumpuan di kelas? Apa yang mereka fikirkan ketika sedang berada di kelas?

Boleh jadi mereka akan menolak untuk menjawab pertanyaan atau lalu memberikan jawapan yang membuat anda makin menyesal. Jika perkara tersebut itu terjadi, anda harus bersikap tenang. Kemarahan akan membuat anak makin menjauh. Ingatlah, bahawa misi utama anda adalah untuk membantu anak yang tidak fokus di sekolah bukan menambah masalah baru pada anak. 


2) BELAJAR MENDENGAR DAN MEMAHAMI

Cubalah untuk belajar mendengar. Kebanyakkan kanak-kanak memerlukan masa agak lama untuk melibatkan diri sendiri dalam interaksi bersama keluarga. Melakukan kebiasaan dan rutin yang baru perlu dijalani dengan masa yang tepat dan konsisten. jadi, biasakan diri anda sehinggalah anda dapat hafal untuk bagaimana mengajak anak anda berbual. 

Dari sini, anak akan mula memahami bahawa apapun yang mereka katakan, mereka akan didengari dan difahami oleh ibu bapanya. Lakukan dialog dua arah dan pertimbangkan pendapatnya.


3) BEKERJASAMA DENGAN GURU DI SEKOLAH

Bekerjasama dengan guru adalah perkara tepat yang boleh dilakukan oleh ibu bapa sekalian. Apalagi jika masalah anak adalah mempunyai kawan yang suka mengganggu.

Kita boleh memulakan dengan memindahkan tempat duduk anak anda di dalam kelas. Jangan lupa untuk meminta pertimbangan anak sebelum melakukannya. Jangan sampai anak merasa dipaksa untuk duduk di tempat yang membuatnya tak selesa. Kerana, jika itu terjadi, maka anak akan membuat masalah baru. 

Jika masalah yang dihadapi oleh anak adalah topik pelajaran yang membosankan, maka variasikan pelajaran dengan perkara yang dia suka. Sebelum anda bersedih tentang tingkah laku anak di sekolah. ada baiknya untuk kita mencari potensi anak dan mengembangkan kemampuan potensinya sebagai bekal hidupnya di masa depan.