Hi! You're Online Now

7 RAHSIA PANDAI BAHASA INGGERIS

"Boleh pandai menulis esei BI dengan hanya menyalin karangan? TAK CUKUP! Tak cukup sekadar nak menyalin esei orang lain. Percayalah..

Nak pandai tulis esei BI, gunalah teknik salin karangan bervisi.

TEKNIK SALIN KARANGAN BERVISI MEMANTAPKAN PENULISAN PELAJAR

STEP 1 : Sediakan writing pad atau test pad atau buku karangan yang besar tu. Kalau tiada juga, buku apa sahaja pun boleh asalkan besar. Buku tulis sekolah yang biasa tu tidak akan jadi sebab itu menunjukkan cita-cita kecil. Biar buku besar, cita-cita pun besar. Di sinilah bezanya teknik menyalin karangan yang biasa.

STEP 2 : Beli buku Contoh Karangan/Essays untuk tahun 4 5 6. Katalah tiada duit nak beli buku ini, jangan sesekali delay niat nak gunakan teknik ini. Guna buku apa pun boleh, buku aktiviti pun boleh, yang jenis ada cadangan jawapan bagi setiap soalan/aktiviti yang diberikan. Cari buku yang ada soalan section c (kalau UPSR) dan tengok contoh jawapan. Mulakan dari situ. 

STEP 3 : Minta anak salin sahaja word by word dari contoh karangan tu. Di sini satu perbezaan teknik berbanding orang lain ialah kita meminta anak kita untuk salin AYAT DEMI AYAT, bukan words by words. Maksudnya baca satu ayat, cuba masukkan dalam Memori Jangka Pendek dan salin ke dalam buku nota tanpa melihat lagi pada ayat dalam karangan. Ulang sebut kuat-kuat setiap ayat sehingga siap salin. Pendeknya kemahiran belajar cara visual, auditori dan kinestetik (VAKs) telah dilakukan serentak dalam teknik ini. Anak sepatutnya mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk salin karangan pendek seperti dalam contoh dia atas. Jika lebih lama daripada itu bermakna anak kita mengelat.

STEP 4 : Now it gets more interesting. Pastikan anda dah belikan highlighter untuk anak. Pilihlah salah satu warna untuk highlightkan VERBS yang ada dalam contoh essay yang baru sahaja disalin tadi. Pilihlah warna oren atau kuning sebab warnanya terang dan jelas. Pada tahap ini, anak tidak boleh bertanya kepada anda yang mana satu verbs atau nak dapatkan kepastian sama ada sesuatu word itu verb ataupun tidak. Anda kena keras hati. Minta dia buat sendiri.



STEP 5 : Jangan tanda dulu jawapan anak. Minta dia tuliskan semula apa yang dia tahu, dalam bentuk NOTA, tentang apakah itu verbs dan apakah jenis-jenis verbs. Barulah btul-betul menguji pemahaman anak tentang asas grammar yang digunakan dalam karangan yang dia baru sahaja salin membuta tuli sebentar tadi. Now akan mula buat dia berfikir. Sebagai contoh, gambar di atas, Ali membuat notanya di bawah essay yang disalin. Tiada kurangnya kerana separuh jawapan yang perlu ada, ada di dalam notanya. 

STEP 6 : Kemudian baru tanda essay yang telah disalin. Kuncinya anda sendiri mesti tahu yang manakah verbs dan yang mana bukan. Jika anda tidak pasti, mudah sahaja, guna  Cambridge Online Dictionary. Dictionary ini memang terbaik. Nak perbezaan ejaan dan bunyi UK dan US English ada, nak contoh ayat ada dan nak penerangan lanjut tentang sesuatu perkataan pun ada. Jika anak anda telah warnakan verb yang betul, tanda BETUL. Dan jika tertinggal, anda bulatkan sahaja verb tersebut dengan menggunakan pen merah. 

STEP 7 : Terangkan kepada anak KENAPA dia salah dan kenapa dia tertinggal beberapa verbs. Caranya adalah dengan mengajarnya tentang jenis-jenis verbs yang betul. Anda kena tahu apakah itu verbs dan jenis-jenis verbs. Selepas diajar, anak akan menjadi lebih confident, jadi baru boleh minta anak ulang STEP 1 hingan STEP 4 bagi essay yang baru. 

Kesilapan membezakan VERBS dengan ADJECTIVES itu perkara yang normal juga. Hanya kerana anak kita tidak jelas dengan parts of speech. Jadi kena ingatkan dia lagi lagi dan lagi. Seterusnya baru boleh teruskan dengan menyambung essay yang lain. Anda akan dapati bahawa ilmu anak semakin meningkat dalam usaha mengenalpasti verbs. Di samping tiu, dia juga nampak semakin confident dengan dirinya kerana jauh di sudut hatinya dia mula berasa pandai. Dia mula merasakan betapa mudahnya BI ini. 

Kalau sehari buat dua tiga kali latihan essay, bayangkan kalau 100 kali atau lebih dari itu. Agak agak anak kita akan pandai atau masih tidak pandai seperti teknik salin SAHAJA, macam yang kita minta mereka buat sebelum ini? jadi jom buat!