Nak tahu macam mana nak buat jadual belajar untuk anak-anak dengan lebih berkesan? Baca ni.
- Kenalpasti kemampuan anak-anak. Kaji kelebihan dan kelemahan mereka dari sudut penguasaan mata pelajaran melalui result exam bulanan di sekolah.
- Beri tumpuan yang lebih pada mata pelajaran teras (BM, BI, MATHS & SAINS) terutamanya mata pelajaran yang masih belum dikuasai.
- Hadkan setiap sesi pembelajaran atau latihan kepada setengah jam (30 minit) diselangi waktu rehat selama 15 minit bagi untuk memori yang lebih kuat (dan bagi mengelakkan keletihan otak).
- Fokuskan mata pelajaran yang melibatkan pengiraan dan formula seperti Matematik, Fizik dan subjek yang berkaitan dengannya pada sebelah petang bagi mengelakkan mengantuk.
- Mata pelajaran sastera dan teori yang lebih santai boleh diulangkaji pada waktu malam.
- Luangkan masa untuk bersukan dan beriadah selama 45 minit - 1 jam pada waktu petang. Elakkan aktiviti yang ekstrim supaya tidak terlalu keletihan untuk sesi ulangkaji pada waktu malam.
- Amalkan solat fardu tepat pada waktunya untuk fadhilat kelapangan masa yang luar biasa. Banyakkan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran selepas solat sebagai terapi jiwa dan minda.
- Bangun pagi lebih awal sebelum waktu Subuh untuk menunaikan solat fardu (tahajud, taubat & hajat) dan menghafal mata pelajaran yang melibatkan fakta.
Ini adalah contoh pembahagian aktiviti seharian dan masa belajar yang boleh dijadikan panduan semua.