Hi! You're Online Now

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMASTIKAN KECEMERLANGAN ANAK-ANAK



Ibu bapa berperanan menentukan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan. Di sini kami berikan sedikit tips usaha-usaha yang boleh di ambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam peperiksaan.

Setiap ibu bapa mengimpikan kejayaan daripada anak-anak. Ibu bapa tidak boleh sekadar berpeluk tubuh dan mengharapkan impian menjadi kenyataan. Ibu bapa juga perlu sedar serta memainkan peranan utama dalam memastikan kejayaan anak-anak.

Pertama, ibu bapa perlulah membeli buku-buku rujukan atau buku-buku kerja untuk anak-anak. Ini kerana untuk membiasakan anak-anak untuk membuat latih tubi atau latihan tambahan agar dapat menguasai setiap subjek dengan baik. Selain itu, ibu bapa haruslah menyediakan jadual ulang kaji dan memastikan anak-anak mengikut jadual yang dibuat dan membimbing agar mereka lebih berdisiplin mengikut jadual tersebut. Dengan cara itu juga, anak-anak dapat lebih bersedia untuk menjelang peperiksaan.

Seterusnya, ibu bapa juga wajib menyediakan kelengkapan alat tulis yang cukup untuk anak-anak seperti pensil, pen warna, set geometri dan pelbagai alat tulis. Ini kerana supaya pembelajaran anak-anak tidak terganggu jika alat tulis tidak cukup lengkap. Ibu bapa juga perlu menyediakan makanan yang berkhasiat supaya anak-anak kita mendapat badan yang cergas dan minda yang cerdas dalam kehidupan seharian mereka.

Ibu bapa juga perlu memberi kata-kata perangsang atau motivasi kepada anak-anak. Ibu bapa juga jangalah merendah-rendahkan kemampuan mereka, sebaliknya harus memberi sokongn dan dorongan di setiap tingkah laku anak-anak agar mereka boleh berjaya di dunia dan di akhirat.

Akhir sekali, ibu bapa perlu turut sama berusaha dan tidak sewajarnya menyerahkan tanggungjawab kepada pihak sekolah atau pusat tuisyen sahaja. Ini kerana, kejayaan yang besar bermula dari rumah. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

SENARAI PERSONAL COACHING DI SHAH ALAM

Assalamualaikum selamat berhujung minggu..
Ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke Ankaboot Academy sudah semestinya ingin mengetahui senarai personal coaching yang ada di sini.. Sedikit perkongsian latar belakang personal coaching yang kami sediakan untuk anak-anak didik kami di Ankaboot Academy.


1) RA'FAT WAJDY BIN MUHAMMAD 

EXPERIENCE IN TUTORING = 6 YEARS
MODE                                        = FULL TIME TUTOR
QUALIFICATION                     = BACHELOR OF ENGINEERING (HONS) MECHANICAL, JULY 2011 TUTOR
CERTIFICATION NO                = TC50511
ROCOGNITION                         = 'SMART STUDY SKILLS' PROGRAM 







2) MOHAMMAD HAFIZ BIN OTHMAN 

EXPERIENCE IN TUTORING = 3 YEARS 
MODE                                        = FULL TIME TUTOR
QUALIFICATION                     = BACHELOR OF MECHANICAL ENGINEERING (HONS) FROM UITM SHAH ALAM 
CERTIFICATION NO                = TC8990









3) SHAHRIN ZIKRI BIN SHAHRIZMAN 

EXPERIENCE IN TUTORING = 4 YEARS
MODE                                        = FULL TIME TUTOR 
QUALIFICATION                     = BACHELOR IN ENGINEERING (HONS) MECHANICAL FROM UNIVERSITY TEKNOLOGI MARA 
CERTIFICATION NO                = TC7852









4) NORASHIKIN BINTI BASAR

EXPERIENCE IN TUTORING = 5 YEARS
MODE                                        = FULL TIME TUTOR
QUALIFICATION                     = BACHELOR  DEGREE IN CORPORATE ADMINISTRATION (HONS) FROM UNIVERSITY TEKNOLOGI MARA 
CERTIFICATION NO                = TC6066








5) MUHD ADLI BIN MD ISA

EXPERIENCE IN TUTORING = 1 YEAR
MODE                                        = FULL TIME TUTOR
QUALIFICATION                     = BACHELOR OF COMPUTER SCIENCE (HONS) UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA, SERDANG










6) MOHD RIDZWAN  ZULNIZAM BIN ZULKIFLI 

EXPERIENCE IN TUTORING = 2 YEARS 
MODE                                        = FULL TIME TUTOR
QUALIFICATION                     = DEGREE CHEMISTRY IN FORENSIC ANALYSIS, UITM SHAH ALAM 










7) NOR FAIZAH BINTI ISMAIL 

EXPERIENCE IN TUTORING = 1 YEAR 
MODE                                         = FULL TIME TUTOR
QUALIFICATION                      = BACHELOR OF SCIENCE (HONS) CHEMISTRY FORENSIC ANALYSIS, UITM SHAH ALAM

5 PUSAT TUISYEN TERBAIK DI SHAH ALAM


Segelintir ibu bapa pening dan tidak tahu dimana ingin menghantar anak mereka ke pusat tuisyen. Ada yang bertanya dimana pusat tuisyen yang terbaik? Apa kelebihan sesuatu tempat tuisyen itu?

Disini saya kemukakan sedikit info dimana ibu bapa boleh menghantar anak-anak mereka ke pusat tuisyen berdekatan, terutama bagi penduduk di Seksyen 7 Shah Alam. Kita semestinya mahu menghantar anak ke pusat tuisyen yang terbaik demi menjamin prestasi anak kita di masa yang akan datang. Justeru, ibu bapa harus memilih tempat tuisyen yang terbaik.


5 PUSAT TUISYEN TERBAIK 


1)PUSAT TUISYEN MAWAR 

- Pusat Tuisyen Mawar (MAWAR) was established in 1996. Mawar is owned and driven by a 100% bumiputra entity. Mawar has expanded its wings to Malacca, Negeri Sembilan, Johor, Perak, Kedah and Sabah. The new bramches will not just stop there. More will be open as we foresee the needs of education and the awareness of parents for good education will definitely support our growth as Mawar support their children in education. Mawar is the 1st tuition center operating in oversea. The biggest tuition centers in Malaysia. 



- For those parents who are still searching for the best learning method for your children, you are most welcome to Ankaboot Academy for free consultation session with our Head Tutor. For your information, the learning concept in the academy is different from the other tuition centers. The students will learn in small group (6 students per group). This is to foster students focus in class, to improve confidence level and students can understand the topics learned at school in depth and more effective. Students will get through the learning process of Al-Quran including reciting & tajweed. 


- Pusat tusiyen Perintis Didik menawarkan tuisyen berkumpulan kepada pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah. Tuisyen Perintis Didik turut menawarkan khidmat tuisyen secara persendirian iaitu konsep *1 to 1* seorang guru dan seorang pelajar. Pelbagai program dan aktiviti anjuran Pusat Tuisyen Perintis Didik diadakan berkonsepkan pendidikan dan pengetahuan.


- Pusat Tuisyen Efektif (TE), merupakan Pusat Tuisyen terbaik yang terletak di Seksyen U12, Shah Alam (berdekatan Seksyen 7). Tuisyen Efektif  telah dibuka pada 1 Disember 2013 dengan mengfokuskan subjek -subjek sains yang kritikal untuk Tingkatan 4 & 5 seperti Kimia, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Prinsip Akaun & Sains. Kelas untuk subjek teras seperti Bahasa Melayu, English, Matematik Moden dan Sejarah juga telah dibuka atas permintaan pelajar-pelajar. Selain itu, subjek PT3 seperti BM, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah & Sains juga ditawarkan kepada pelajar Tingkatan 3. Keberkesanan modul yang diaplikasi di Tuisyen Efektif telah memberikan impak yang positif kepada para pelajar sekolah-sekolah untuk menambah ilmu atau kefahaman mereka dalam subjek tersebut.



- Akademi Super menawarkan Pusat Tuisyen UPSR, PT3, SPM dan STPM kepada semua pelajar di Seksyen U12, Shah Alam berdekatan dengan Seksyen 7 Shah Alam dan Home Tuisyen kepada semua pelajar UPSR, PT3,SPM dan STPM di sekitar Shah Alam. Ditubuhkan pada tahun 2015 dengan menerapkan konsep pembelajaran berbentuk Fun-Motivated-Confident kepada pelajar. Pusat Tuisyen bertempat di Seksyen U12, Shah Alam?berdekatan dengan Seksyen 7 Shah Alam juga merupakan Pusat Tuisyen berdaftar dengan kementerian pendidikan. (No.Pendaftaran : BZ2H459).

Dengan harapan, ibu bapa dapat menerima sedikit perkongsian tempat tuisyen terbaik sekitar Shah Alam dan membuat pilihan yang terbaik untuk menghantar anak mereka. Setiap pusat tuisyen ada cara mereka tersendiri dan juga ada yang menitik berat tentang ilmu pengajian dimana selain menghantar anak untuk tuisyen subjek di sekolah, mereka juga boleh mengambil kelas mengaji untuk anak mereka. Ini kerana, kemungkinan segelintir ibu bapa sibuk sehingga tidak sempat untuk mengajar anak mereka mengaji sendiri di rumah. Jadi, sesetengah pusat tuisyen ada juga ustaz yang mengajar kelas tajwid. 

Jikalau ada ibu bapa yang ingin bertanya tentang kami, boleh hubungi kami melalui link di bawah 
.
.

BILA WAKTU YANG SESUAI UNTUK HANTAR ANAK KE TUISYEN ?



"Boleh ke anak saya baru darjah satu dah masuk tuisyen?"
"Tak awal sangat ke umur macam dia masuk tuisyen?"

Umum sedia maklum bahawa taraf pendidikan pada masa kini makin susah. Ada sahaja ibu bapa yang menghantar anak mereka seawal darjah 1 kerana bimbang anak mereka tidak dapat kejar apa yang diajar oleh cikgu di sekolah mereka. Tidak kurang juga ibu bapa yang mengajar sendiria anak mereka di rumah pada waktu malam. Tapi bagi yang bekerja bagaimana pula? sibuk menguruskan rumah, sediakan makan malam untuk keluarga, jadi banyak kekangan masa untuk mengajar anak mereka. Justeru, mereka mengambil langkah mudah iaitu hanya menghantar anak mereka ke tuisyen atau pun mengambil personal coaching iaitu guru tuisyen akan datang ke rumah untuk mengajar anak mereka.

Selain itu, ibu bapa juga harus menitik beratkan kumpulan tuisyen yang di ajar oleh guru tuisyen. Elakkan untuk menghantar anak ke pusat tuisyen yang diajar dengan bilangan pelajar dalam satu kumpulan yang terlalu ramai, kerana itu menyukarkan guru tuisyen untuk memberi tumpuan kepada anak anak murid. Ada juga ibu bapa yang hanya menghantar anak mereka apabila anak mereka menduduki satu peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan IGCSE. Hal berikut, mereka boleh menghantar anak mereka bila menduduki peperiksaan, tetapi berdasarkan prestasi anak mereka juga. Sebahagian besar guru-guru sekolah dan juga guru tuisyen, takut jikalau anak murid mereka tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada subjek-subjek tertentu. Guru-guru di sekolah juga sudah tentu bagi latihan terlalu banyak untuk anak murid mereka, seterusnya peranan ibu bapa sama ada mahu mengajar sendiri atau menghantar ke pusat tuisyen sebagai latihan tambahan.

Jadi, buatlah pilihan berdasarkan prestasi anak-anak dan juga kadar kemampuan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Ibu bapa harus menyusun jadual anak mereka jika mahu menghantar ke pusat tuisyen untuk mengelakkan jadual anak mereka tertindih dengan jadual sekolah dan aktitiviti di sekolah.

SEBARANG PERTANYAAN TENTANG PUSAT TUISYEN ANKABOOT, BOLEH HUBUNGI KAMI MELALUI LINK DI BAWAH :-
.
.
CALL & WHATSAPP KAMI

7 TIPS MUDAH MEMILIH PUSAT TUISYEN


BAGAIMANA UNTUK PILIH TEMPAT TUISYEN TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK?

Sebagai ibu bapa kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PT3, SPM dan sebagainya pada tahun ini, saya percaya tentu wujudnya kebimbangan tentang kesediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan tersebut tika tiba saatnya nanti. Tentu saja untuk melihat mereka berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang, pelbagai ikhtiar dilakukan. Paling lazim dilakukan oleh para ibu bapa adalah menghantar anak-anak ke kelas tuisyen. Tindakan menghantar anak ke kelas tuisyen adalah merupakan satu langkah yang bijak dan menjadi pilihan popular dalam kalangan ibu bapa. Walau bagaimanapun, untuk memastikan tindakan atau keputusan itu berbaloi, anda harus mempertimbangkan beberapa perkara sebelum memilih pusat tuisyen. Di bawah, saya senaraikan 7 tips mudah memilih pusat tuisyen agar dapat dijadikan panduan oleh ibu bapa khasnya.

1) JENIS PUSAT TUISYEN
Pada masa kini terdapat beberapa jenis tuisyen seperti personal tuisyen, tuisyen berpusat, tuisyen gaya pos da tuisyen online. Pemilihan jenis tuisyen ini bergantung kepada pendekatan atau gaya belajar anak anda sendiri. Jika anak anda cenderung belajar sendiri (self-study) maka tuisyen yang mungkin sesuai dengannya adalah tuisyen online.

2) JARAK RUMAH & PUSAT TUISYEN 
Sebaik-baiknya pilih pusat tuisyen yang letaknya hampir dengan rumah. Ini bagi memudahkan anda berulang-alik menghantar dan mengambil mereka nanti selain daripada menjimatkan masa, tenaga dan kos minyak.

3) KEPERLUAN SUBJEK (MATA PELAJARAN)
Rata-rata pusat tuisyen hari ini menawarkan banyak subjek lain selain daripada subjek teras atau subjek wajib dalam peperiksaan. Tidak kira apa jenis subjek atau mata pelajaran sekali pun, ada baiknya anda memilih subjek yang kurang dikuasai oleh anak anda. Ini bermakna pilih subjek yang lemah dan perlu diatasi segera sahaja. Pemilihan sebegini akan dapat membantu anda mengurangkan kos perbelanjaan yuran tuisyen sekaligus memberi ruang penjimatan yang lebih. Ia juga akan dapat membantu anak anda dalam mengurangkan bebanan tumpuan terhadap mata pelajaran kurang penting dan telah pun dikuasai.

4) BRANDING / KREDIBILITI 
Seboleh-bolehnya pilih pusat tuisyen yang kukuh, dikenali ramai kerana prestasinya serta telah mendapat kepercayaan banyak pihak. Faktor ini bukanlah pengukur mutlak bagi keberkesanannya kerana ada juga pusat tuisyen kecil yang baru ditubuhkan, kurang dikenali tetapi tetap dapat melahirkan calon yang cemerlang. Sebagai pelanggan yang tinggal hampir dengan pusat tuisyen yang dipilih anda tentu pernah mendengar "cakap-cakap" mengenainya jadi anda tentu lebih memakluminya.

5) KAPASITI KELAS
Hal ini juga patut diberikan perhatian sewajarnya sebelum anda memilih mana-mana pusat tuisyen. Kapasiti atau jumlah murid yang terlalu ramai dalam sesebuah kelas tuisyen mungkin mengurangkan peluang interaksi atau tunjuk ajar yang lebih terperinci daripada tenaga pengajar terhadap anak anda. Bukankah salah satu tujuan tuisyen adalah untuk mendapatkan bimbingan lebih khusus daripada guru tersebut?

6) MASA BIMBINGAN (JADUAL KELAS)
Pemilihan pusat tuisyen juag mesti berdasarkan masa bimbingan atau masa pembelajaran supaya jadual yang dipilih tidak bertindan atau bertembung dengan aktiviti lain yang perlu dihadiri oleh anak anda. Sesetengah pusat tuisyen mengadakan kelasnya pada waktu petang yang kemungkinan besar bersamaan dengan jadual ko-kurikulum anak anda. Jadi perlu penelitian lebih terperinci di situ.

7) BUDGET (ANGGARAN PERBELANJAAN)
Sudah tentu faktor ini perlu diambil kira sebelum anda menghantar anak anda ke mana-mana pusat tuisyen. Cuba lakukan survey di beberapa buah pusat tuisyen dan buat perbandingan dari aspek yuran, subjek, masa bimbingan, kos pergi balik dan sebagainya. Ini dapat membantu kita merancang perbelanjaan dan melakukan penjimatan.


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI KAMI MELALUI LINK DI BAWAH, TERIMA KASIH.
.
.
ANDA INGIN TAHU TENTANG ANKABOOT ACADEMY DENGAN LEBIH LANJUT? TEKAN DISINI, KAMI SEDIA MEMBANTU.

3 KELEBIHAN MENCARI GURU TUISYEN DI RUMAH

Bagi kebanyakkan pelajar, tuisyen merupakan pelengkap kepada apa yang dipelajari di sekolah. Ini kerana, mereka dapat mengulangkaji dan bertanya kepada pengajar atau tutor apa yang mereka tidak faham atau terlepas di sekolah. Ibu bapa pula memilih untuk menghantar anak mereka ke tuisyen untuk memastikan anak mereka mengulangkaji pelajaran dan tidak terlalu menghabiskan masa mereka dengan sia-sia. Terdapat dua jenis tuisyen yang pelajar biasanya pergi iaitu 1) pusat tuisyen atau 2) tuisyen di rumah, sama ada di rumah pelajar sendiri atau di rumah pengajar.



Dalam posting kali ini, kami akan menerangkan kelebihan-kelebihan memilih untuk tuisyen di rumah sendiri iaitu kita mengambil personal tutor untuk mengajar anak kita di rumah:-

1) KONSEP 1 BY 1 ATAU KUMPULAN KECIL
Kelebihan utama memilih tuisyen di rumah sendiri ialah pelajar akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada pengajar. Kita sedia maklum yang setiap pelajar adalah unik, dan tidak semua pelajar cepat dalam memahami apa yang diajar di sekolah. Ada juga pelajar yang tidak mempunyai asas yang kukuh dalam subjek (contohnya: tidak menghafal sifir untuk subjek Matematik.) menyebabkan mereka lambat faham apa yang diajar. Kadang-kala, cikgu di sekolah mengajar terlalu cepat disebabkan perlu menghabiskan silibus dalam masa yang ditetapkan. Ini akan menyebabkan pelajar kurang faham apa yang diajar didalam kelas, terutama sekali untuk subjek yang sukar seperti Matematik Tambahan dan Fizik. Akibatnya, ada pelajar-pelajar yang ketinggalan dan tercicir dan majoritinya adalah pelajar yang segan untuk bertanya apa yang mereka tidak faham atau tidak tahu di dalam kelas. Lama-kelamaan pelajar-pelajar ini akan mula berputus-asa, hilang minat untuk belajar dan akhirnya mendapat keputusan yang kurang memuaskan dalam peperiksaan.

Dengan tuisyen di rumah, tumpuan penuh yang diberikan oleh seorang guru tuisyen kepada pelajar membolehkan tutor mengetahui apa yang sebenarnya tidak difahami pelajar tersebut. Tutor kemudiannya mendapat mengajar pelajar sehingga mereka betul-betul faham dan memberikan latihan-latihan untuk menguji pemahaman mereka. Kesempatan ini juga dapat digunakan tutor untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pelajar tersebut. Sebagai contoh, ada pelajar yang yang tidak dapat membuat sesuatu soalan Matematik dengan pantas dan betul, walaupun telah memahami apa yang diajar. Setelah dikenalpasti, pelajar ini sebenarnya tidak menghafal sifir atau tidak mampu membuat congak yang mudah kerana terlalu bergantung kepada kalkulator atau ada yang masih terkeliru dengan operasi yang melibatkan nombor negatif dan pecahan. Setelah mengenalpasti masalah kelemahan ini, tutor dapat membantu pelajar mencari jalan untuk mengatasi kelemahan tersebut (contohnya: melatih pelajar menghafal sifir, melatih pelajar membuat congak mudah tanpa kalkulator dsbnya).

Ini amat membantu pelajar dalam pelajaran mereka dan hasilnya proses pembelajara akan menjadi semakin mudah dan menyeronokkan. Tuisyen persendirian juga membantu pelajar yang pemalu atau takut bertanya dalam kelas untuk menjadi lebih berani bertanyakan sesuatu kepada tutor. Apabial tutor membantu mereka menyelesaikan sesuatu masalah, mereka akan perlahan-lahan membina keyakinan diri mereka. Pelajar juga akan menyedari yang mereka sebenarnya boleh menyelesaikan masalah-masalah yang lain dengan lebih banyak bertanya. Ini akan menambahkan self-confidence dalam diri pelajar utnuk mengatasi perasaaan malu dan takut mereka di masa di hadapan. Ibu bapa juga akan berasa gembira apabila pelajar mula menunjukkan kemajuan dalam keputusan peperiksaan mereka.


2)FLEXIBILITI DALAM PEMBELAJARAN
Tuisyen di rumah amat flexibel dari segi sistem pembelajarannya. Pelajar boleh memilih apa-apa topik atau bab yang mereka ingin belajar, tanpa terikat dengan silibus atau jadual pelajaran. Mereka boleh memilih untuk belajar topik-topik yang susah atau yang tidak faham sahaja dan melangkau mana-mana topik yang sudah difahami. Ini membolehkan pelajar-pelajar yang bakal menduduki SPM atau PMR mula membuat soalan-soalan ramalan dan past year papers dengan lebih awal dan mempunyai masa yang secukupnya untuk membincangkan jawapan dengan tutor dan seterusnya mengenalpasti apa lagi kelemahan yang mereka perlu atasi. Berdasarkan kajian ke atas pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM secukupnya dan membincangkan jawapan yang mereka dapat salah untuk mengetahui bagaimana mendapatkan jawapan yang betul.

Dari segi masa pula, pelajar dapat memilih waktu dan hari yang mereka selesa untuk belajar. Jika terdapat sebab-sebab kecemasan, cikgu tuisyen boleh menggantikan sesi tuisyen tersebut pada waktu lain tanpa perlu berasa risau yang mana mereka akan tertinggal mana-mana topik atau subjek.


3)KESELESAAN DAN KESELAMATAN
Kebanyakan ibu bapa yang mempunyai anak bersekolah terutamanya di bandar-bandar amat sibuk dan tidak mempunyai masa untuk menghantar dan mengambil pelajar untuk tuisyen. Dengan memilih untuk tuisyen di rumah sendiri, pelajar tidak perlu lagi ke mana-mana, sekaligus menjimatkan masa dan tenaga mereka. Ibu bapa juga tidak perlu berasa risau kerana keselamatan dan keselesaan anak mereka adalah terjamin di rumah sendiri. Dengan tuisyen di rumah juga, ibu bapa dapat memantau perkembangan pelajaran anak mereka dengan lebih dekat. Ini kerana mereka dapat berjumpa selalu dengan pengajar dan pengajar sentiasa dapat melaporkan prestasi terkini pembelajaran anak mereka.

Kesimpulannya, dengan memilih untuk tuisyen di rumah, pelajar akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada pengajar, memperoleh flexibiliti dalam pembelajaran dan menikmati keselesaan dan keselamatan semasa belajar.

Terima Kasih.

BELAJAR SAINS DENGAN 3 CARA INI

Ramai yang merasakan Sains adalah subjek susah. Tetapi dengan cara dan teknik yang menarik, ia dapat dipelajari dengan betul dan tidak menjadi sesukar yang disangka. Berikut adalah beberapa cara yang memudahkan anda mempelajari Sains:-

TIPS 1KERAP ULANGKAJI 
               ●Jangan biarkan topik bertambah sebelum memulakan ulangkaji.
               ●Ulangkaji awal supaya anda tidak ketinggalan dengan topik yang anda pelajari di sekolah.


TIPS 2 CUBA BUAT SEMUA BENTUK SOALAN 
               ●Buat semua soalan; objektif, subjektif atau esei. Jangan memilih ya!
               ●Beli buku-buku yang memberikan model jawapan supaya anda boleh jadikan rujukan.
               

TIPS 3 ➜ BELAJAR SECARA TERATUR
               ●Fungsi : bagi setiap struktur sel, organ, bahan, anda mesti tahu fungsinya.
               ●Ciri-ciri : tahu akan proses-proses tertentu seperti mitosis, meiosis, dsb.
               ●Di mana : fikirkan di mana satu-satu proses itu berlaku contohnya fotosintesis.
               ●Contoh : mesti boleh memberi contoh-contoh spesifik seperti contoh-contoh asid.
               ●Kesan : contoh kesan penggunaan bahan kimia dalam makanan, anda mesti boleh terangkan.
               ●Faktor : ketahui faktor yang mempengaruhi proses atau kejadian seperti kadar penyejatan atau kadar fotosintesis.
               ●Graf : kaji dan belajar graf.
               ●Kenapa : selalu persoalkan mengapa, sebagai contoh mengapa darah membeku. Ini akan membolehkan anda mencari jawapan atau penjelasan.
              ●Melukis & Melabel : kaji diagram dan kerap berlatih melukis dan melabel tanpa rujukan.
              ●Definisi : bila mempelajari sesuatu yang baru, ketahui definisinya.




 

7 RAHSIA PANDAI BAHASA INGGERIS

"Boleh pandai menulis esei BI dengan hanya menyalin karangan? TAK CUKUP! Tak cukup sekadar nak menyalin esei orang lain. Percayalah..

Nak pandai tulis esei BI, gunalah teknik salin karangan bervisi.

TEKNIK SALIN KARANGAN BERVISI MEMANTAPKAN PENULISAN PELAJAR

STEP 1 : Sediakan writing pad atau test pad atau buku karangan yang besar tu. Kalau tiada juga, buku apa sahaja pun boleh asalkan besar. Buku tulis sekolah yang biasa tu tidak akan jadi sebab itu menunjukkan cita-cita kecil. Biar buku besar, cita-cita pun besar. Di sinilah bezanya teknik menyalin karangan yang biasa.

STEP 2 : Beli buku Contoh Karangan/Essays untuk tahun 4 5 6. Katalah tiada duit nak beli buku ini, jangan sesekali delay niat nak gunakan teknik ini. Guna buku apa pun boleh, buku aktiviti pun boleh, yang jenis ada cadangan jawapan bagi setiap soalan/aktiviti yang diberikan. Cari buku yang ada soalan section c (kalau UPSR) dan tengok contoh jawapan. Mulakan dari situ. 

STEP 3 : Minta anak salin sahaja word by word dari contoh karangan tu. Di sini satu perbezaan teknik berbanding orang lain ialah kita meminta anak kita untuk salin AYAT DEMI AYAT, bukan words by words. Maksudnya baca satu ayat, cuba masukkan dalam Memori Jangka Pendek dan salin ke dalam buku nota tanpa melihat lagi pada ayat dalam karangan. Ulang sebut kuat-kuat setiap ayat sehingga siap salin. Pendeknya kemahiran belajar cara visual, auditori dan kinestetik (VAKs) telah dilakukan serentak dalam teknik ini. Anak sepatutnya mengambil masa dalam 15 minit sahaja untuk salin karangan pendek seperti dalam contoh dia atas. Jika lebih lama daripada itu bermakna anak kita mengelat.

STEP 4 : Now it gets more interesting. Pastikan anda dah belikan highlighter untuk anak. Pilihlah salah satu warna untuk highlightkan VERBS yang ada dalam contoh essay yang baru sahaja disalin tadi. Pilihlah warna oren atau kuning sebab warnanya terang dan jelas. Pada tahap ini, anak tidak boleh bertanya kepada anda yang mana satu verbs atau nak dapatkan kepastian sama ada sesuatu word itu verb ataupun tidak. Anda kena keras hati. Minta dia buat sendiri.



STEP 5 : Jangan tanda dulu jawapan anak. Minta dia tuliskan semula apa yang dia tahu, dalam bentuk NOTA, tentang apakah itu verbs dan apakah jenis-jenis verbs. Barulah btul-betul menguji pemahaman anak tentang asas grammar yang digunakan dalam karangan yang dia baru sahaja salin membuta tuli sebentar tadi. Now akan mula buat dia berfikir. Sebagai contoh, gambar di atas, Ali membuat notanya di bawah essay yang disalin. Tiada kurangnya kerana separuh jawapan yang perlu ada, ada di dalam notanya. 

STEP 6 : Kemudian baru tanda essay yang telah disalin. Kuncinya anda sendiri mesti tahu yang manakah verbs dan yang mana bukan. Jika anda tidak pasti, mudah sahaja, guna  Cambridge Online Dictionary. Dictionary ini memang terbaik. Nak perbezaan ejaan dan bunyi UK dan US English ada, nak contoh ayat ada dan nak penerangan lanjut tentang sesuatu perkataan pun ada. Jika anak anda telah warnakan verb yang betul, tanda BETUL. Dan jika tertinggal, anda bulatkan sahaja verb tersebut dengan menggunakan pen merah. 

STEP 7 : Terangkan kepada anak KENAPA dia salah dan kenapa dia tertinggal beberapa verbs. Caranya adalah dengan mengajarnya tentang jenis-jenis verbs yang betul. Anda kena tahu apakah itu verbs dan jenis-jenis verbs. Selepas diajar, anak akan menjadi lebih confident, jadi baru boleh minta anak ulang STEP 1 hingan STEP 4 bagi essay yang baru. 

Kesilapan membezakan VERBS dengan ADJECTIVES itu perkara yang normal juga. Hanya kerana anak kita tidak jelas dengan parts of speech. Jadi kena ingatkan dia lagi lagi dan lagi. Seterusnya baru boleh teruskan dengan menyambung essay yang lain. Anda akan dapati bahawa ilmu anak semakin meningkat dalam usaha mengenalpasti verbs. Di samping tiu, dia juga nampak semakin confident dengan dirinya kerana jauh di sudut hatinya dia mula berasa pandai. Dia mula merasakan betapa mudahnya BI ini. 

Kalau sehari buat dua tiga kali latihan essay, bayangkan kalau 100 kali atau lebih dari itu. Agak agak anak kita akan pandai atau masih tidak pandai seperti teknik salin SAHAJA, macam yang kita minta mereka buat sebelum ini? jadi jom buat!


TIPS MEMBELI BUKU LATIHAN MATEMATIK

"Nak beli buku yang mana ye?"
"Buku latihan mana yang lebih baik?"






Baiklah, untuk menjawab persoalan tersebut hari ini kami ingin berkongsi dengan anda tips untuk membeli buku latihan khususnya dalam mata pelajaran Matematik. Tips ini boleh digunakan untuk kegunaan sendiri.

Untuk menjawab persoalan tersebut, kami bagi dua contoh buku latihan untuk anak anda.

1) Buku latihan Top Gear, Additional Mathematics, Penerbit: Pelangi. KLIK BUKU 1

2) Buku latihan Effective Practice, Additional Mathematics, Penerbit: Oxford Fajar. KLIK BUKU 2

Sebelum kami mengulas lebih lanjut, pertama sekali apakah perbezaan antara kedua-dua buku ini? Kalau anda masih belum dapat kenal pasti perbezaannya, anda sebenarnya masih samar-samar untuk memilih buku latihan. Tak mengapa, mari kami ceritakan serba sedikit perbezaan kedua-dua buku ini.

Penerbit Buku

Penerbit Buku merupakan salah satu faktor penting dalam pemilihan buku latihan. Antara penerbit buku yang menjadi pilihan adalah Pelangi. Sebab apa Pelangi? Sebab cara penyampaian dan penerangan dalam buku tersebut mudah difahami. Penerbit Pelangi juga sudah lama dalam bidang pendidikan dan mempunyai pengalaman yang luas dalam menerbit buku-buku latihan di pasaran.

TETAPI..

Perlu diingatkan, Penerbit Buku bukanlah FAKTOR UTAMA.

Dalam memilih buku mana yang sesuai untuk anda, anda perlu menilai diri anda sendiri.
Anda ingin beli buku jenis yang bagaimana?
Adakah anda masih diperingkat permulaan?
Adakah anda telah menguasai sesuatu topik dalam Add Maths?

Jika anda perhatikan buku 1 dan buku 2, perbezaan ketara adalah dari segi bentuk soalan dalam buku tersebut. Jika anda masih baru untuk mempelajari sesuatu topik, kami sarankan anda pilih jenis buku 1. Sebab apa? Sebab buku 1 akan membantu anda memahami konsep asa pada peringkat permulaan dalam sesuatu topik. Sebagai contoh diatas, buku 1 bertanya pada anda ciri-ciri yang perlu ada pada Arithmetic Progression (AP) dan bagaimana ingin mencari team yang lain. Soalan yang dinyatakan lebih mudah dengan diberi contoh sebagai panduan anda. Jadi, jika anda masih baru dalam sesuatu topik atau ingin mengingat kembali asa dalam sesuatu topik, maka kami sarankan anda membeli buku jenis 1 ini. 

Tetatpi, bagaimana dengan buku jenis 2?
Buku jenis 2 sangat sesuai digunakan setelah anda menguasai sesuatu topik. Dengan kata lain, buku 2 digunakan diakhir pembelajaran sesuatu topik. Buku jenis 2 ini kebiasaannya berbentuk soalan ringkas dan padat. Bagi anda yang telah menguasai sesuatu topik atau ingin menguji sejauh mana kefahaman anda dalam sesuatu topik, anda boleh cuba buku jenis 2 ini. 

Apabila anda baca sepintas lalu, anda akan terbayang soalan ini nak tanya apa? subtopik apa? apa formula yang terlibat? Lihat, nampak perbezaannyakan? Jika anda diperingkat permulaan dalam sesuatu topik, kami yakin anda akan blur dengan soalan yang ditanya. Anda pasti bermonolog. 

"Soalan ini nak apa?"
"Apa formula nak guna?"

Jika ya, maka anda harus sedar, anda sebenarnya masih diperingkat permulaan atau masih belum cukup menguasai sesuati topik tersebut. 

Jadi persoalaannya, BUKU MANA YANG ANDA HARUS BELI?
Jawapan kami, BELI KEDUA-DUA JENIS BUKU TERSBUT. 

Tetapi, UTAMAKAN dahulu buku jenis 1. Jika anda berkemampuan, boleh beli kedua-dua jenis buku yang kami nyatakan. Kuasai betul-betul asas dalam buku 1 dan kemudian, uji kefahaman anda dengan menjawab soalan-soalan yang ada dalam buku jenis 2. 

Kepada ibubapa diluar sana, kami berharap tips kali ini sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk memilih buku yang terbaik untuk anak anda. 

3 CARA MENINGKATKAN TUMPUAN ANAK DALAM KELAS

ANAK YANG SUKAR MEMBERI TUMPUAN DI SEKOLAH SERINGKALI JADI PERSOALAN YANG SERIUS ANTARA IBU BAPA DAN GURU

Hal ini berlaku kerana berkemungkinan besar mereka mengalami kesukaran mengikuti pelajaran dengan baik. Namun, ia bukanlah bererti yang anak tersebut tidak bijak. Boleh jadi, mereka memang memiliki kecerdasan lain yang tidak terasah di kelas. Anak yang tidak dapat fokus di sekolah adalah cabaran bagi ibubapa dan guru. Bahkan, perasaan "gagal mendidik anak" seringkali merendahkan kepercayaan diri ibubapa dan guru. Sebelum kita marah terhadap anak kita, ada baiknya kita selidik dulu cara mendidik anak dan ketahui di mana minat dan bakat mereka. Beberapa cara ini dapat membantu anda mengatasi masalah anak yang sukar memberi tumpuan di kelas.

1) AJAK BERBUAL

Berapa rapatkah anda dengan anak-anak anda? Adakah anda sering mengajak merek untuk berbual setiap hari? Semasa berbual dengan anak, adakah anda mendengar kata-kata mereka?

Jika belum, inilah saatnya untuk memulakan perbualan dengan si kecil. Tanyakan padanya dengan lembut, apa yang menyebabkan mereka susah untuk berikan tumpuan di kelas? Apa yang mereka susah untuk berikan tumpuan di kelas? Apa yang mereka fikirkan ketika sedang berada di kelas?

Boleh jadi mereka akan menolak untuk menjawab pertanyaan atau lalu memberikan jawapan yang membuat anda makin menyesal. Jika perkara tersebut itu terjadi, anda harus bersikap tenang. Kemarahan akan membuat anak makin menjauh. Ingatlah, bahawa misi utama anda adalah untuk membantu anak yang tidak fokus di sekolah bukan menambah masalah baru pada anak. 


2) BELAJAR MENDENGAR DAN MEMAHAMI

Cubalah untuk belajar mendengar. Kebanyakkan kanak-kanak memerlukan masa agak lama untuk melibatkan diri sendiri dalam interaksi bersama keluarga. Melakukan kebiasaan dan rutin yang baru perlu dijalani dengan masa yang tepat dan konsisten. jadi, biasakan diri anda sehinggalah anda dapat hafal untuk bagaimana mengajak anak anda berbual. 

Dari sini, anak akan mula memahami bahawa apapun yang mereka katakan, mereka akan didengari dan difahami oleh ibu bapanya. Lakukan dialog dua arah dan pertimbangkan pendapatnya.


3) BEKERJASAMA DENGAN GURU DI SEKOLAH

Bekerjasama dengan guru adalah perkara tepat yang boleh dilakukan oleh ibu bapa sekalian. Apalagi jika masalah anak adalah mempunyai kawan yang suka mengganggu.

Kita boleh memulakan dengan memindahkan tempat duduk anak anda di dalam kelas. Jangan lupa untuk meminta pertimbangan anak sebelum melakukannya. Jangan sampai anak merasa dipaksa untuk duduk di tempat yang membuatnya tak selesa. Kerana, jika itu terjadi, maka anak akan membuat masalah baru. 

Jika masalah yang dihadapi oleh anak adalah topik pelajaran yang membosankan, maka variasikan pelajaran dengan perkara yang dia suka. Sebelum anda bersedih tentang tingkah laku anak di sekolah. ada baiknya untuk kita mencari potensi anak dan mengembangkan kemampuan potensinya sebagai bekal hidupnya di masa depan.


KEHEBATAN DOA IBUBAPA KEPADA ANAK-ANAK

Sejauh mana ibubapa mengamalkan doa kepada anak-anak dan seramai mana ibubapa diluar sana yang mempraktikkan amalan membaca doa ini dalam kehidupan harian mereka. Ramai yang tidak mengetahui atau menyedari bahawa doa ibubapa mempunyai sejuta rahsia dan amat mustajab. Sedangkan dalam Al-Quran mempunyai banyak doa yang boleh diamalkan untuk kesejahteraan dan kejayaan anak-anak di dunia dan akhirat. Rasulullah SAW dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Majjah menegaskan 3 golongan jika berdoa dimakbulkan iaitu orang yang dizalimi, orang musaffir dan doa ibubapa kepada anaknya.

 DOA UNTUK ANAK RAJIN BELAJAR, LEMBUT HATI, TIDAK NAKAL DAN MENDENGAR KATA.

>> Waktu anak sedang tidur amalkan baca :-
a) surah fatihah-1x
b) ayatul kursi- 1x


c) surah al-insyirah

d) surah toha (1-5)

Kemudian, hembuskan pada ubun anak-anak niatkan agar anak-anak jadi anak soleh, cemerlang, lembut hati, rajin belajar, rajin solat, tidak nakal, dengar kata ibubapa dan apa apa jua yang kita hajatkan. InshaAllah moga Allah permudahkan anak anak anda.

5 TIPS SUPAYA ANAK CEPAT MEMBACA

Artikel kali ini adalah berkenaan 5 tips supaya anak cepat pandai membaca. Sekiranya anda menyedari anak anda lambat membaca berbanding rakan sebaya, jangan diabaikan sahaja mereka. Ini kerana, semakin meningkat usia anak-anak itu,  semakin sukar untuk mereka belajar membaca. Oleh itu, pendidikan awal adalah sangat penting bagi mereka. Semoga tips ini bermanfaat pada ibu bapa diluar sana, InshaAllah.

1- PERUNTUKKAN MASA TETAP SETIAP HARI UNTUK MEMBACA PADA ANAK  
Membaca buku pada anak-anak setiap hari boleh meningkat pemahaman anak dan membolehkan anak menangkap kosa kata atau beberapa perkataan yang rumit. Selain itu, dengan membacakan buku pada anak-anak, ia boleh mencetus sifat kreativiti dan minat mereka untuk membaca.

>> Tidak kira sama ada anak anda masih belum bersekolah atau sudah meningkat remaja, cara ini boleh meningkatkan keinginan anak untuk membaca dengan sendiri. Kita sering melihat orang barat gemar membacakan buku cerita fantasiatau cerita kanak-kanak pada anak mereka seblum tidur. Bagi kita pula, sebelum anak-anak tidur, kita bacakan ayat Al-Quran yang mudah atau doa tidur, dituruti dengan membacakan kisah Nabi dan Rasul pada mereka. Disamping boleh menggalakkan mereka pandai membaca, kita juga mengajar mereka kisah teladan dan sejarah Nabi.

2- BESARKAN ANAK DALAM PERSEKITARAN YANG PENUH DENGAN BAHAN BACAAN
Kanak-kanak yang dibesarkan di rumah yang mempunyai sumber bahan bacaan yang banyak didapati lebih cemerlang dalam pelajaran. Galakkan anak anda membaca dengan melengkapkan rumah anda dengan pelbagai jenis bahan bacaan seperti majalah, komik dan buku. Lebih elok sekiranya wujudkan perpustakaan kecil di rumah atau letakkan bahan bacaan di sekeliling anak anda seperti dalam bilik tidur, ruang tamu ataupun dalam kereta.

3- ADAKAN WAKTU MEMBACA KELUARGA
Wujudkan waktu membaca keluarga yang tetap. Sebagai contoh, setiap Jumaat malam, anda sekeluarga menetapkan satu jam dimana semua orang membaca bersama-sama dalam keadaan senyap. Hanya 15 minit setiap hari pun memadai bagi meningkatkan tahap kelajuan pembacaan anak anda.

4- GALAKKAN PELBAGAI AKTIVITI MEMBACA YANG MENARIK
Jadikan membaca itu sebahagian daripada hidup anak anda. Galakkan mereka membaca meu makanan di restoran, papan tanda atau iklan di tepi jalan, tajuk rancangan kegemaran mereka atau apa sahaja informasi yang praktikal. Anda juga boleh memberikan apa sahaja bentuk bahan bacaan diwaktu lapang mereka sementara menunggu temujanji doktor gigi atau dalam perjalanan menaiki keretapi. Pelbagaikan bahan atau sumber yang boleh membantu mereka cepat belajar flashcard, permainan atau ipad apps yang sesuai. Dengan cara ini, anak anda akan lebih teruja untuk belajar membaca sekaligus menarik minat mereka. 

5- RAIKAN SETIAP KEJAYAAN DAN USAHA
Paling penting, raikan setiap kejayaan dan usaha anak anda untuk setiap satu kejayaan. Jangan hanya bergantung pada kad kemajuan sekolah anak anda untuk mengetahui tahap kemajuan mereka dalam pelajaran.

> Raikan apabila anak anda berjaya menyebut satu perkataan yang sukar dengan betul.
> Raikan apabila beliau sudah semakin membaca dengan lancar.
> Raikan apabila mereka memperbetulkan sebutan bacaan sendiri.
> Raikan apabila mereka menghabiskan banyak buku untuk dibaca.
> Raikan setiap satu kejayaan darinya. 

Memujilah kejayaan mereka walaupun sedikit. Bukan memuji untuk menggalakkan sikap riak dalam diri mereka, tetapi memuji untuk menghargai setiap usaha yang mereka lakukan. Kerana hakikatnya, dalam apa jua mereka lakukan, Allah memberi pahala pada hamba-Nya berdasarkan usaha, bukan pada hasil semata-mata. Hanya manusia yang mengharapkan hasil yang baik. Sedangkan, kita hidup kerana Allah, bukan hidup untuk memenuhi apa yang diharapkan manusia.

TEKNIK MENULIS KARANGAN BAHASA MELAYU

Seringkali kita mendengar keluhan dari pelajar ketika diberi latihan untuk membuat karangan. Bagaimana cara untuk membuat karangan yang baik? mari kita ketahui tips ini bersama.

1) Merangka karangan

  • Baca soalan dengan jelas sebelum merangka karangan. 
  • Pilih tajuk yang kita mempunyai banyak maklumat atau yang kita pernah buat persediaan.
Ketika merangka karangan carilah fakta dan isi yang terbaik contohnya :-
  1. Keluarkan pengalaman dan pembacaan yang lalu.
  2. Ada intro, isi dan penutup.
Jangan menghabiskan masa terlalu lama dalam merangka karangan. Yang diperiksa ialah karangan bukan rangkanya.


2) Karangan berbentuk fakta

  • Cari contoh yang terbaik berkaitan dengan fakta yang diberikan.
  • Contoh global atau universal lebih diutamakan.
  • Gunakan peribahasa, pantun atau kata-kata hikmah orang ternama untuk membuat karangan lebih menarik.
  • Beri huraian yang lengkap dan padat.
  • Tidak berulang-ulang dalam mengemukakan isi.
  • Perbahasan dan hujah hendaklah matang.
  • Isi terkini.


3) Karangan berbentuk cerita
  • Jalan cerita hendaklah menarik.
  • Ada watak yang menarik.
  • Ada perkembangan watak.
  • Ada klimaks.
  • Jangan membosankan.
  • Bayangkan diri anda terlibat di dalam situasi cerita tersebut.
  • Ada pengajaran yang bermanfaat dari cerita tersebut.
  • Berhati-hati dengan tanda bacaan.

Kaedah umum menguasai Bahasa Melayu
  • Mandalami tatabahasa.
  • Guna ayat yang pendek, ringkas dan jelas.
  • Mengetahui cara membuat ayat yang menarik.
  • Menambah pengetahuan dengan banyak keratan akhbar dan membaca.
  • Mengumpul semua rencana yang berfaedah dan berkaitan.
  • Tiru rencana yang baik dengan menulis semula menggunakan stail dan bahasa sendiri.
  • Libatkan diri di dalam aktiviti forum, bahasa dan pidato.
  • Tawar diri untuk menjadi pengerusi majlis dalam setiap program sama ada yang kecil mahupun yang besar.

KAEDAH MENGUATKAN INGATAN




PENYEBAB KEPADA LUPA :-

- Makan kepala ikan
- Organ dalaman binatang seperti hati, limpa, jantung, perut dan yang seumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai makan.

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepada kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan atau berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkan kadar sejenis bahan kimia yang dipanggil "dopamin" akan berkurangan di dalam sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot kurang bermaya.


RAHSIA DAN CARA MENGUATKAN DAYA INGATAN

Untuk menguatkan daya ingatan, dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah :-

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah hadam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan.

Keterangan-keterangan diatas hanyalah sebahagian kecil daripada cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat untuk kita lupa kepada-NYA.

Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu, latihkan diri berzikir seperti berikut:-

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

InsyaAllah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.