Hi! You're Online Now

TEKNIK MENGULANGKAJI PELAJARAN

RAHSIA KEJAYAAN

Antara rahsia besar kejayaan pelajar-pelajar cemerlang ialah ulangkaji. Tanyalah dengan rakan-rakan anda yang biasa dapat A, jawapannya sama. Ulangkaji. Mengapa ulangkaji? tidak perlu saya terangkan pun, anda sudah tahu jawapannya. Semasa guru sedang mengajar dalam kelas, kita macam faham dan ingat apa yang diajar ketika itu. Sebenarnya apa yang kita ingat ketika dalam kelas masih bersifat ingatan jangka pendek. Ingatan jangka pendek ini tidak dapat bertahan lama, selepas beberapa jam atau paling lama sehari, maklumat itu akan hilang. Itulah sebabnya ulangkaji menjadi penting, sangat penting. Terlalu penting sehingga menjadi rahsia besar kejayaan seorang pelajar. Sesiapa yang menghargai dan menghayatinya akan berdepan dengan kejayaan. Sesiapa yang mengabaikannya akan menemui kegagalan.




MAKSUD ULANGKAJI

Mengulangkaji pelajaran bermaksud meneliti semua segala yang telah dipelajari. Meneliti di sini bermaksud melihat semula (mempelajari) perkara-perkara yang telah dipelajari berulangkali dan dari berbagai sudut sehingga benar-benar difahami. Ada empat kata kunci yang anda perlu beri perhatian di sini, iaitu mempelajari semula, berulangkali, berbagai sudut dan benar-benar difahami.

Ulangkaji : mempelajari semula, maksudnya apa yang guru ajar dalam kelas, perlu anda pelajari semula, misalnya semak semula nota guru, rujuk dan baca semula topik tersebut, buat nota ringkas dan sebagainya.

Ulangkaji : berulangkali, anda perlu ulang dan ulang, mungkin 4 atau 5 kali atau lebih dnegan berbagai cara kerana semakin banyak ulangan maka semakin baik ingatan anda.

Ulangkaji : berbagai sudut, buat banyak latihan dan jawab beberapa soalan lepas agar anda dapat melihat topik itu dari berbagai sudut dan kefahaman anda akan menyeluruh.

Ulangkaji : benar-benar difahami, maksudnya selama mana anda belum benar-benar memahami sesuatu topik, maka selama itulah anda perlu meneruskan ulangkaji kerana apabila anda benar-benar memahami, anda akan benar-benar mengingati (ingatan jangka panjang).


TUJUAN ULANGKAJI 

  • Meningkatkan kefahaman tentang sesuatu topik
  • Menguatkan daya ingatan (memindahkan ingatan jangak pendek kepada ingatan jangka panjang)
  • Menambahkan penguasaan semua topik yang telah dipelajari
  • Menambahkan maklumat, kemahiran dan pengalaman baru
  • Sebagai persiapan peperiksaan 


BAHAN ULANGKAJI
  • Nota dari guru di kelas
  • Buku  teks / rujukan
  • Nota ringkas yang disediakan oleh guru
  • Laporan amali / projek / lawatan akademik
  • Soalan-soalan peperiksaan lepas
  • Bahan tambahan dari surat khabar, majalah, radio, tv dan internet 

MASA ULANGKAJI
  • Setiap hari (masukkan dalam jadual belajar harian)
  • Hari Sabtu dan Ahad / Cuti (tentukan masa)
  • hampir dengan hari peperiksaan / ujian (sediakan jadual khas)


TEKNIK ULANGKAJI 
  • Mempelajari semula nota guru
  • Membuat nota ringkas seperti peta minda, neumonik, carta alir dan sebagainya
  • Membuat latihan dan tugasan
  • Latihan menjawab soalan-soalan lepas, soalan tutorial, soalan dari buku
  • Perbincangan kumpulan dengan rakan
  • Konsultasi dengan guru
  • Kelas tambahan / tuisyen
  • Lawatan dan projek
  • Uji diri sebelum peperiksaan sebenar

Sebenarnya kadar ingatan kita mengenai sesuatu perkara akan menurun mengikut hari (masa). Misalnya jika pada hari Isnin kita diajar tentang sesuatu to[ik dan selepas itu kita tidak membuat sebarang ulangkai, maka pada hari Jumaat atau Sabtu, kadar ingatan kita tentang tersebut hanya tinggal sebanyak 15 - 20% sahaja. Itulah sebabnya kita perlu membuat ulangkaji setiap hari kerana setiap minggu kita akan berdepan dengan topik baharu. Jika kita mengabaikan ulangkaji maka beban akan bertambah dan kita akan bertambah keliru apatah lagi kita mengambil banyak subjek.