Hi! You're Online Now

Assalamualaikum,
Saya ingin berkongsi serba sedikit cara belajar yang berkesan kepada para pelajar di luar sana.

Cara-cara belajar dengan berkesan ialah :

1.Belajar pada waktu yang tepat
-Waktu belajar amat penting untuk setiap pelajar membuat ulangkaji pelajaran setiap hari.Contoh waktu yang sesuai ialah selepas waktu subuh kerana pada waktu itu otak kita segar dan tidak banyak berfikir benda-benda yang tidak sepatutnya.

2.Belajar dalam suasana nyaman
-Setiap pelajar mesti selesa belajar dari keadaan yang bising dan bebas dari gangguan adik beradik,Oleh itu belajar dalam keadaan yang nyaman akan membuatkan kita lebih cepat belajar dan faham apa yang dipelajari dari sebarang gangguan luar.

3.Belajar dilengkapi dengan bahan dan sumber belajar.
-Antara contoh belajar di perpustakaan kerana senang untuk mendapat bahan rujukan yang disediakan.

4.Belajar secara berkumpulan
-Belajar secara berkumpulan lebih efektif daripada belajar sendiri kerana apabila kita belajar secara berkumpulan dapat membantu kita untuk  berbincang tentang sesuatu soalan yang tidak difahami atau boleh berkongsi pendapat masing-masing.