Hi! You're Online Now
Anak saya ada BIG "M" , apa perlu saya buat cikgu?

ANAK SAYA DULU PANDAI CIKGU, UPSR DAPAT 5A, TAPI PT3 1A PUN TAK DAPAT CIKGU

Setiap ibubapa yang datang ke academy, rata-ratanya luahkan perasaan hampa dan kecewa tentang anak-anak mereka yang terlalu MALAS dan kurang minat dalam pelajaran, "saya sampai tak tahu nak nasihat apa dah cikgu dekat anak saya, semua tak makan saman, Cikgu apa perlu saya buat? , tolong bantu saya cikgu.

Ini adalah lontaran kata-kata ibubapa yang biasa saya dengar tatkala mereka mendaftar di Ankaboot Academy. Apa yang  boleh saya katakan, saya memang tidak dapat bantu untuk hilangkan sifat MALAS. Saya mohon maaf.

Kita perlu faham situasi dimana anak-anak kita sekarang sedang hidup di zaman yang serba MALAS. Semua benda sudah dimesinkan, mana mungkin kita boleh paksa anak-anak kita untuk basuh baju guna tangan, sedangkan mesin basuh ada di rumah. Ini adalah perkembangan teknologi semasa dan kita memang tidak dapat lari dari situasi ini. Sama juga situasi, mana mungkin kita nak paksa anak-anak kita untuk RAJIN BELAJAR sedangkan rakan-rakan sekeliling MALAS BELAJAR. Semuanya nak berkejar upload gambar di "INSTAGRAM", leka dengan telefon.


JADI MACAM MANA KITA NAK SELESAIKAN MASALAH INI?

Salah satu kaedah yang paling epik dan paling tidak masuk akal yang saya buat kepada pelajar ialah , saya buat satu modul yang kuantiti soalannya ialah 4000 soalan bagi setiap subjek. Semua pelajar terpinga-pinga , mana logik nak siapakan 4000 dalam masa 10 bulan. kalau 4 subjek, totalnya ialah 16k soalan.

Mula muka surat pertama mereka buat, saya tgk pelajar sudah tersenyum. Saya tanya kenapa senyum, ada seorang pelajar menjawab, Cikgu kenapa Cikgu bagi soalan senang sangat. Saya cakap kamu buat je la sampai siap sebanyak mana yang kamu boleh buat dalam masa 1 jam.

semua pelajar tgh sibuk buat soalan Matematik
Apa yang mengejutkan saya, dalam satu jam , semua pelajar siapkan lebih kurang 50 soalan. saya cakap kepada pelajar, cikgu yakin dengan soalan senang ni la, nanti awak boleh buat soalan yang susah, dengan soalan yang susah ni la, awak boleh score dalam exam.

Apa point yang penting yang saya nak sampaikan ialah, Antara MINAT dan MALAS, pelajar akan lebih tertarik kepada MINAT, biarpun mereka MALAS asalkan mereka MINAT untuk belajar, Macam mana nak bagi anak-anak kita minat belajar, pastikan mulakan sesuatu dengan senang dahulu , sedikit sedikit kita naikkan kepada soalan yang susah.

Pelajar akan jadi MALAS gila nk buka buku kalau soalan tu susah, bila soalan tu susah mereka akan tak minat subjek tu, kalau mereka tak MINAT, alamatnya memang gagal dalam exam.

Sudah ramai yang saya lihat, rata-rata pelajar dari E Matematik , exam akhir tahun dapat B, ok la tu, peningkytan yang sangat baik.

Saya memang tak dapat bantu untuk anak-anak anda hilang sifat MALAS, tapi saya dapat bantu untuk tarik anak-anak MINAT untuk belajar, ibubapa juga boleh cuba di rumah. Sangat simple method ni, tapi igt bila kita bagi soalan-soalan
, wajib kena monitor, wajib kena enhance mereka utk belajar lagi, wajib bagi nasihat dan kata-kata positif.


Bagi sijil dan hadiah sikit la, bagi yang dapat siap 4000 soalan
klik link ini, kalau nk tgk senarai-senarai pelajar cemerlang gunakan kaedah ini. https://www.facebook.com/ankabootacademy/









INFO SEMASA PENDIDIKAN
Kadar kebolehpasaran graduan meningkat
IPOH: Kerjasama erat antara Kementerian Pendidikan Tinggi dan industri berperanan penting memastikan peningkatan peratus kebolehpasaran graduan di negara ini.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh, berkata hal itu terbukti dengan kadar purata kebolehpasaran graduan meningkat sebanyak 1.8 peratus kepada 79.1 peratus pada tahun lalu, berbanding 77.3 peratus tahun 2016.
Katanya, kadar purata kebolehpasaran graduan di institusi pengajian tinggi di negara ini meningkat sebanyak empat peratus bagi tempoh empat tahun mulai 2014 hingga 2017.
"Graduan latihan teknikal dan pendidikan vokasional (TVET) turut menunjukkan peningkatan kebolehpasaran memberangsangkan dengan graduan Politeknik sebanyak 94.5 peratus tahun lalu, berbanding 88.6 peratus pada 2016," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran TRC Edu Centre di Politeknik Ungku Omar (PUO) di sini, hari ini.
TRC Edu Centre adalah sebuah pusat industri-akademia hasil kerjasama antara POU, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Trans Resources Corporation Sdn Bhd (TRC) bagi mencapai misi Kementerian Pendidikan Tinggi iaitu 'Industry and Academia Are One'.
Turut hadir, bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi; Ahli Lembaga Pengarah TRC, Tun Jeanne Abdullah; Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Mary Yap Kain Ching dan Pengarah Urusan Kumpulan TRC, Tan Sri Sufri Mohd Zin.
Idris berkata, kewujudan dua entiti berkenaan saling melengkapi untuk memastikan graduan yang dilahirkan nanti dapat memenuhi keperluan industri.
"Kementerian sangat komited untuk membantu graduan di negara ini dengan memperkenalkan pelbagai program dan juga melalui kerjasama dengan industri.
"Antara program yang sudah diperkenalkan adalah program belajar sambil bekerja (2U2i) di mana dua tahun proses pembelajaran dalam universiti dan dua tahun menimba pengalaman industri," katanya.
Idris berkata, dengan memperkenalkan program berkenaan ia dapat meningkatkan kebolehpasaran, persediaan dan kemahiran pelajar universiti memasuki alam pekerjaan.
"Selain program 2u2i, program TRC Edu Centre juga turut memberi peluang keemasan kepada pelajar untuk menimba pengalaman secara praktikal dalam bidang pembinaan.
"TRC akan mengambil 30 pelajar dari PUO setahun bagi menjalani latihan industri selama 10 bulan," katanya.
Idris berkata, kementerian akan meningkatkan usaha untuk memastikan kadar kebolehpasaran graduan terus meningkat dengan mewujudkan pelbagai bentuk program dan kolaborasi dengan industri pada masa akan datang.


Alhamdulillah , Program Cuti Sekolah sesi 2017 sudah pun berakhir. Para tutor ucapkan tahniah kepada semua pelajar kerana telah memberi komitmen dengan baik.

Tahniah juga kepada pelajar yang telah siapakan 1000 soalan Matematik dan 200 essay Bahasa Inggeris. Siapa cakap kita tak mampu siapkan 1000 soalan kan !!!