Hi! You're Online Now

PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH

Selamat sejahtera.. Hari ini kami ingin kongsikan cara pemakaian pakaian seragam sekolah supaya nampak kemas.

PERATURAN PAKAIAN SERAGAM MURID 

2.1 PAKAIAN MURID LELAKI 

2.1.1 Seluar panjang berwarna hijau gelap.
2.1.2 Ukuran labuhnya mestilah 4cm di bawah buku lali. Kaki seluar tidak ketat. Maksudnya tidak ketat ialah ukur lilit seluar mestilah antara 16 hingga 18 inci.
2.1.3 Seluar berbentuk fesyen "jeans" dan poket bertampal di belakang dilarang sama sekali. Murid juga dilarang memakai seluar di bawah paras pinggang atau terlondeh.
2.1.4 Baju putih lengan pendek / panjang. Lengan baju pendek mesti lebih sedikit dari aras siku. Murid tidak dibenarkan memakai baju bersaiz kecil dan pendek kerana baju berkenaan mudah terkeluar daripada seluar. Jika memakai baju berlengan panjang, lengan baju hendaklah dikancing atau dilipat ke atas sedikit dari paras siku. Baju hendaklah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar sepanjang masa berada di dalam kawasan sekolah dan pada waktu balik dari sekolah. Butang baju tidak boleh ditanggalkan.
2.1.5 Murid lelaki digalakkan memakai singlet putih / T-shirt putih nipis tanpa kolar, tanpa hiasan, tulisan dan gambar.
2.1.6 Murid lelaki diwajibkan memakai tali pinggang. Tali pinggang itu pula hendaklah mematuhi syarat-syarat berikut :

  •  Warna tali : Hitam atau hijau warna gelap tanpa jalur mengikut warna seluar
  • Lebar         : Tidak melebihi 1.5 inci 
  • Kepala       : Sama besar dengan tali pinggang dan tanpa hiasan
2.1.7 Kasut mestilah berwarna putih yang diperbuat daripada 'canvas' atau dari bahan sintetik lainnya seperti nylon dan polyester yang mempunyai daya resap dan penyaluran gerak pelajaran amat memandang berat terhadap sebilangan murid yang tidak menampilkan keceriaan, kekemasan dan kerapian dalam berpakaian seperti tidak memasukkan kemeja ke dalam seluar, tidak mengikat tali leher dengan kemas, berkasut kotor serta tabiat-tabiat lain yang memperlihatkan nilai-nilai yang tidak diingini. 


2.2 PAKAIAN MURID PEREMPUAN 

2.2.1 Bagi murid yang bukan beragama Islam, mereka boleh memakai "pinafore tunic" berwarna biru muda dan labuhnya hendaklah sekurang-kurangnya 5 inci di bawah paras lutut. baju yang dipakai bersama mestilah berwarna putih dan berlengan. Kain putih jeis licin tidak dibenarkan kerana kulit tubuh badan murid akan kelihatan terutama apabila baju basah akibat berpeluh, kena air atau kena hujan. 
2.2.2 Murid bukan beragama Islam juga dibenanrkan memakai baju kurung berwarna putih dengan kain sarung berwarna biru muda. Bagi murid beragama Islam pula, mereka digalakkan memakai tudung atau mini telekung berwarna putih tanpa sebarang hiasan serta berukuran sesuai dengan murid yang memakainya (tidak terlalu labuh atau tidak terlalu pendek).
2.2.3 Murid perempuan dimestikan memakai kain dalam dan baju lapisan dalam berwarna putih.
2.2.4 Kasut perempuan juga mestilah diperbuat daripada kanvas keseluruhan berwarna putih dan bertali. Kasut putih berjalur warna lain, kasut sukan dan kasut kulit tidak dibenarkan.
2.2.5 Pengawas sekolah, PRS, Pengawas Pusat Sumber dibenarkan memakai kasut kanvas berwarna hitam dengan syarat mereka memakai pakaian seragam jawatan masing-masing dengan lengkap. Walau bagaimanapun, kasut hitam yang diperbuat daripada kulit tidak dibenarkan.
2.2.6 Semua murid dikehendaki memakai stoking putih sekolah yang melebihi aras buku lali.
2.2.7 Murid mesti memakai pakaian seragam lengkap unit beruniform masing-masing pada setiap hari Rabu.
2.2.8 Murid tidak dibenarkan memakai lapisan luar kecuali dalam keadaan tertentu (suhu terlalu sejuk).
2.2.9 Murid dilarang memakai topi sama ada di dalam atau sekitar bangunan sekolah.
2.2.10 Semua murid kecuali yang memakai tudung wajib memakai tali leher semasa berada dalam kawasan sekolah.
2.2.11 Murid dilarang sama sekali menggunakan alat solek, memakai barang-barang kemas atau perhiasan tiruan termasuk cat kuku tanpa warna. Murid yang perlu memakai barang kemas dengan alasan beragama / perubatan mesti mendapat kebenaran bertulis daripada pengetua sekolah. 
2.2.12 Pemakaian lencana sekolah dan tanda nama adalah diwajibkan bagi semua murid dan mesti dilekatkan secara kekal sama ada dengan menggunakan stereka atau dijahit pada sebelah atas poket baju / tudung. Murid tidak dibenarkan memakai tanda nama orang lain dan lencana yang boleh ditanggalkan pada bila-bila masa. Hanya tanda nama yang diperbuat daripada kain dibenarkan. 
2.2.13 Pakaian seragam sekolah hendaklah dipakai pada masa persekolahan, menghadiri kelas tambahan, semasa menyertai rombongan anjuran sekolah, dan semasa menghadiri aktiviti yang dijalankan di dalam bilik darjah kecuali ada arahan sebaliknya. 
2.2.14 Murid tidak dibenarkan memakai cermin mata yang berwarna hitam (sun glass) atau berbentuk luar biasa. Kontak mata berwarna adalah diharamkan.
2.2.15 Murid tidak dibenarkan memakai selipar / terompah pada bila-bila masa ke sekolah kecuali murid yang berasa sakit pada bahagian tapak kakinya jika memakai kasut disebabkan kecederaan. 
2.2.16 Pakaian seragam murid hendaklah sentiasa dalam keadaan bersih dan kemas. 
2.2.17 Pelajar perempuan yang bertudung mesti memakai tudung seperti yang terjual dikoperasi sekolah sama ada berwarna hitam atau putih. 
2.2.18 Murid dikehendaki memakai stokin sekolah yang dijual dikoperasi sekolah. 



BERIKUT ADALAH CONTOH PAKAIAN SERAGAM SEKOLAH YANG DIBENARKAN


PAKAIAN BAJU MELAYU DI HARI JUMAAT 



PAKAIAN MURID PEREMPUAN DENGAN TUDUNG


PAKAIAN PJK ATAU KOKURIKULUM 


PAKAIAN PENGAWAS LELAKI 


PAKAIAN PENGAWAS PEREMPUAN 


PAKAIAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA


PAKAIAN PENGAWAS PUSAT SUMBER LELAKI 


PAKAIAN PENGAWAS PUSAT SUMBER PEREMPUAN 


PAKAIAN PELAJAR BUKAN BERAGAMA ISLAM