Hi! You're Online Now

TEKNIK BELAJAR DAN MENGINGATI FAKTA SEJARAH SPM

Masalah pelajar ialah cepat merasa bosan untuk membaca, memahami dan mengingat fakta Sejarah sering menjadi punca mereka gagal atau mendapat gred yang kurang baik dalam peperiksaan subjek Sejarah untuk SPM. Perlu diingatkan bahawa kerajaan telah membuat ketetapan bahawa subjek Sejarah adalah WAJIB LULUS untuk membuat pinjaman PTPTN (student study loan) jika anda belajar ke peringkat yang lebih tinggi selepas SPM. Ini menjadikan subjek Sejarah adalah salah satu matapelajaran yang amat penting.


Ada beberapa tips berkesan belajar Sejarah. Salah satunya ialah Teknik Mengingat Fakta Mata Pelajaran Sejarah. Teknik ini disyorkan beliau ini adalah antara yang amat baik untuk dipraktikkan. Untuk memudahkan pelajar mengingat fakta Sejarah, pelajar-pelajar boleh dan harus membiasakan diri mencipta beberapa akronim untuk memudahkan kita mengingati fakta sejarah.

Disini ada beberapa contoh yang mudah untuk diingat:

> Contoh Soalan: Apakah Ciri-Ciri Tamadun Hwang Ho?
Ciri-ciri Bandar Hwang Ho (Akronim P A T I) untuk pelajar ingat.

P - Pertanian / Pentadbiran
A - Anyang (Bandar)
T - Tembok (Bandar dikelilingi tembok)
I - Istana

> Soalan : Apakah Sumbangan Hwang Ho ( S Y A R A T )

S - Syurga (Konsep anak syurga)
Y -  Ying dan Yang (konsep Yin Yang)
A - Alam semesta
R - Roh nenek moyang (menyembah roh nenek moyang)
A - Arts of war
T - Terusan


Contoh yang lain ialah:

> Soalan: Nyatakan proses pembentukan Tamadun Indus?
Pelajar harus ingat akronim P A S B N

P - Pertanian (peningkatan hasil pertanian)
A - Sumber Air
S - Tanah Subur
B - Bandar utama
N - Nomad (penduduk Nomad membentuk petempatan tetap)


Beberapa contoh lain ialah:

> Soalan: Apakah ciri-ciri Negara dan Bangsa dalam kesultanan Melayu Melaka?
Pelajr boleh cipta dan ingat akronim seperti L U H U R

L - Lambang-lambang
U - Undang-undang
H - Hukum kanun Melaka
U - Undang-undang laut Melaka
R - Rakyat (terdapatnya golongan rakyat jelata)

> Soalan: Apakah antara cabaran-cabaran penting Globalisasi M E D I K

M - Model intelek
E - Eonomi (aspek ekonomi menyeberangi sempadan)
D - Dunia tanpa sempadan
I - ICT (kepentingan ICT)
K - Kemasyarakatan (mewujudkan kemasyarakatan)

> Apakah faedah Malaysia menyertai komanwel?
Pelajar boleh mengingati akronim S A B A R 

Sukan menjadi tuan rumah sukan komanwel.
Askar mendapat bantuan askar daripada negara-negara komanwel yang lain semasa menghadapi ancaman PKM dari konfrontasi dengan Indonesia.
Biasiswa menerima bantuan biasiswa melalui rancangan colombo.
Aparthied mengutuk dasar aparthied yang diamalkan oleh Afrika Selatan.
Rumah menjadi tuan rumah CHOGM.


TIPS ATAU STRATEGI UNTUK SCORE A UNTUK MATA PELAJARAN SEJARAH SPM.

Jika ditanya ramai pelajar, kebanyakkan jawapan yang kita perolehi ialah mata pelajaran Sejarah adalah yang paling membosankan atau boring. Walau bagaimanapun ada juga antara pelajar kita yang mampu score A dalam subjek ini. Apakah agaknya tips atau cara yang mereka gunakan untuk mempelajari mata pelajaran Sejarah SPM? Berikut dapat kita rumuskan beberapa cara untuk score A bagi subjek ini.

A) HARGAI DAN HAYATI SEJARAH
Albert Einstein selalu bercakap mengenai kepentingan 'ilmu'. Jika kita menghayati dan menghargai ilmu ianya akan sebati dalam hidup dan minda kita. Kebolehan menghayati dan menghargai sejarah akan lebih memudahkan kita mengingati fakta sejarah.

B) TANAMKAN MINAT
Pernahkan anda meminati seseorang artis seperti penyanyi atau pelakon terkenal? Tentu sekali anda pernah dan tentu sekali anda ingin mencari seberapa banyak mungkin fakta atau informasi mengenai penyanyi/pelakon kesayangan anda. Menurut pakar psikology minat kita tentang sesuatu itu akan mendorong kita bekerja mengingati perkara tersebut dengan lebih mudah dan sukar untuk melupai perkara tersebut. Cubalah cari satu watak menarik dan timbulkan persoalan-persoalan mengenai watak atau fakta tersebut untuk menarik minat anda terus mendalami pengetahuan mengenai fakta sejarah yang anda baca.

Ringkasnya pelajar harus ada STRATEGI - RAJIN MENGHAFAL - BUAT NOTA - BUAT LATIHAN (JAWAP SOALAN) - ULANGKAJI (REPETITIVE)

Pendek kata kedua-dua perkara di atas perlu ada dalam diri anda sebagai pelajar untuk membolehkan anda mempelajari, memahami dan mengingati fakta sejarah. Diharapkan cara belajar Sejarah SPM yang berkesan di atas dapat membantu anda mengharungi peperiksaan untuk subjek ini kelak.