Hi! You're Online Now

IBU BAPA BOLEH MEMBANTU GURU HANYA DI RUMAH

Formula bagaimana ibu bapa boleh membantu guru untuk memastikan anak-anak lebih baik dalam soal pendidikan mereka.

Memberi pendedahan kepada sesuatu yang baru buat anak-anak ada ketikanya memberi cabaran buat ibu dan bapa, namun jika dilihat pada sudut yang positif, anak-anak akan dapat mempelajari benda baru, dan dijadikan sebagai pengalaman buat mereka. Begitu juga dengan proses pembelajaran, serta pengajaran yang mana guru serta ibu bapa perlu saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain, untuk memastikan anak-anak memperoleh ilmu yang bermanfaat. Mungkin ada di luar sana yang mana memberikan tanggungjawab sepenuhnya buat guru apabila menghantar anak mereka ke sekolah mahupun pusat tuisyen. Disini terdapat beberapa perkara yang harus difahami oleh ibu dan bapa dalam soal ini. Di Malaysia makin lama makin tinggi pula expectation ibu bapa kepada guru-guru khususnya di peringkat sekolah rendah. Sebabnya, ini adalah tempoh kritikal kanak-kanak untuk membesar. Tapi, perlu diingatkan tugas mendidik anak-anak bukan semata-mata terletak di pundak guru, bahkan kerjasama dari pihak ibu bapa amatlah penting. Mungkin ini adalah benda yang guru harap ibu bapa faham tentang pendidikan anak mereka.





1) KOMUNIKASI

Lepas hantar anak di sekolah, ibu bapa lepas tangan serah pada guru semata-mata. Tidak, tidak bagus macam itu. Sebenarnya itulah permulaannya sebagai ibu bapa untuk terus memaklumkan apa sahaja yang mereka lakukan di sekolah. Guru di sekolah sebenarnya ingin jadikan ibu bapa sebagai pasangan, pasangan untuk mendidik anak anda bersama.

Sebab itu ibu bapa disarankan kalau ada benda berlaku di rumah, tolong beritahu guru. Kecederaan, penyalahgunaan, atau apa sahaja yang boleh affect tingkah laku anak-anak atau prestasi akademiknya. Jangan jadikan anak anda mangsa keadaan, so guru boleh beri perhatian yang lebih.


2) JANGAN BERI HARAPAN YANG TINGGI

Jangan buat sekolah rendah macam sekolah sendiri. Sedih, ramai ibu bapa letak harapan yang tinggi untuk berdepan dengan standardized exam. Anak-anak mempunyai karakter individu yang berbeza. Jadi, ibu bapa adalah insan yang paling tahu yang anak mereka memang berbeza. Dia minat selesaikan masalah ke, dia suka melukis atau benda-benda lukisan, dia suka bercakap dan berfikir luar alam ke dan sebagainya.

Anda dapat kesan anak anda berbakat dalam bidang apa. Jangan salahkan anak-anak kalau tidak minat berbakat untuk dapat markah tinggi dalam peperiksaan,


3) ANAK-ANAK UNTUK LEBIH YAKIN

Guru mahukan anak-anak dapat tingkatkan keyakinan diri. Macam sesuatu yang penting dalam masyarakat bila kita galakkan perbincangan yang serius diadakan antara ibu bapa dan anak. Ada anak-anak macam malu nak berterus terang atau menyatakan perasaan mereka sebab di rumah mereka tidak diajar untuk mengexpress diri. Bila di sekolah, malu tak kena tempat tu berlanjutan. Malu nak tanya soalan, malu nak jawab soalan.


4) MAKLUM BALAS DARI GURU

Ibu bapa digalakkan untuk ambil tahu tentang perkembangan anak anak mereka. Tanya guru peningkatan dan aktiviti anak-anak, tapi biarlah berpada. Datang sekolah pada hari report card day. Sekali sekala hantar anak sampai ke kelas. Check alat tulis dalam beg cukup atau tidak. Volunteering adalah perkara yang terbaik untuk tahu hal-hal sekolah supaya ibu bapa kekal cakna perkembangan anak-anak di sekolah. Pihak sekolah lagi suka kalau ada ibu bapa yang volunteer nak involve mana-mana events.


5) BERMAIN BERSAMA ANAK

Bila cuti bermainlah dengan anak-anak. Jangan harapkan sekolah sahaja yang bagi peluang bermain kepada anak-anak. Jangan kunci rumah bila anak di rumah. Teman anak bermain di luar. Luangkan masa bersama. Jangan bagi otak anak berhenti time cuti hanya kerana anda malas untuk melayan karenah mereka. Taknak luar rumah, di dalam rumah pun boleh. Tidak kisah bermain apa pun.


6) BACAKAN UNTUK ANAK 

Bacakan untuk anak anda sekali sehari tak cukup, kalau boleh tiga kali sehari. Bukanlah bermaksud bila cakap membaca itu ibarat nak bacakan cerita panjang-panjang. Jenuh lah juga kan. Ada banyak jenis bahan bacaan. Soft book, predictable book, picture cards/book, flash card, big book, wordless book dan banyak lagi. Nak seribu daya. Oh ya, sedikit tips, jangan terlampau skema membaca dari awal sampai akhir. Selang selikan dengan tanya karakter apa yang baik, apa yang akan berlaku dan recognize vocab baru.


7) BIAR ANAK MENEROKA

Bagi anak-anak explore menulis di rumah. Nak anak-anak cepat menulis kan? Jangan harapkan sekolah saja. Tidak cukup. Bagi anak-anak pensel, crayon, pen dan suruh anak-anak lukis atau mewarna. Bukan hasil lukisan dan tulisan yang kita nak, tapi prosesnya telah meningkatkan koordinasi tangan dan mata.


8) INTERAKSI DENGAN ANAK

Homework adalah peluang untuk bercakap, berkongsi dan mendengar bersama-sama anak-anak. Janganlah bagi meja kosong atau bilik khas untuk mereka selesaikan sendirian. Duduk sebelah, bantu dan sokong mereka. Anak-anak kadangkala nak show off mereka dah belajar apa di sekolah. Janganlah kedekut dengan memuji dan terutama jangan kedekut masa berkongsi dengan anak.


9) KURANGKAN PENGGUNAAN GAJET 

Tv, ipad, tablet, games, ps4 dan sebagainya tolong kurangkan. Bukan tak boleh, tapi kurangkan. Makin lama anak-anak meluangkan masa dengan gajet, makin kurang mereka berinteraksi dengan ibu bapa. Jangan salahkan anak-anak kalau mereka kurang bercakap di atas kesilapan sendiri.


10) PERCAYA PADA GURU

Percayakan guru anak anda. Mereka professional dalam bidang mendidik anak-anak. Kalau guru pesan suruh banyakkan bercakap di rumah sebab anak kurang bercakap di sekolah. Jika anak-anak ada potensi mempunyai masalah pembelajaran seperti dsylexia, autism, adhd dan lain-lain lagi digalakkan. Guru-guru boleh mengesan jika anak anda lain daripada yang lain. Mereka boleh beri nasihat supaya jumpa yang doktor pakar,

Persepsi ibu bapa macam tidak boleh terima anak itu ada kekurangan. Ingat, lagi awal kekurangan dapat dikesan, lagi cepat kita boleh bantu untuk reduce kan masalah pembelajaran. Janganlah bila dah masuk sekolah menengah, kita redha je anak masuk kelas pemulihan dek kerana ego ibu bapa yang tidak percaya dan terlambat percaya dengan seorang guru sekolah rendah.

Ramai pandang rendah kerjaya seorang guru rendah. Kerana ego mungkin sebab berkerjaya lebih besar dan gaji lebih banyak dari seorang guru. Masa anak anda terluang lebih banyak dengan guru berbanding anda. Jangan dikeji guru sekolah rendah mahupun tadika kerana tangan mereka lah yang banyak memberi tunjuk ajar kepada anak-anak anda. Bahu merekalah yang anak anda peluk untuk leraikan tangisan dan bagi keep calm. Suara merekalah yang mengajar anak anda sehingga pandai tulis membaca dan mengira. Mata merekalah yang memerhati jika anak anda ada buat salah dan betulkan dan memuji  jika sebaliknya. Kalau anda tidak percaya dengan guru anak anda, percayalah dengan anak anak. Support mereka dirumah dan luangkan masa bersama.