Hi! You're Online Now

11 TIPS MENGAJAR ANAK DI RUMAH DENGAN BERKESAN

Tentu risaukan bila dapat result anak yang tidak memberangsangkan? Lagi risau gagal subjek teras. Macam-macam bermain di fikiran ibu bapa. Paling risau part ujiam dan peperiksaan. Pre-school lain, sekolah rendah lain, sekolah menengah lain dan sebagainya. Tidak meluangkan masa mengajar anak di rumah menjadi satu risiko sebab akan memberi kesan terhadap pencapaian anak di sekolah. Sebab itu, mahu tidak mahu, ibu bapa harus meluangkan masa untuk mengajar anak di rumah.

Tentu ibu bapa pun tertanya-tanya apa tips atau cara mengajar anak di rumah secara berkesan agar result peperiksaan anak-anak cemerlang atau pun sekurang-kurangnya tidak gagal kan? Ibu bapa boleh baca 11 tips yang akan saya kongsikan di bawah.




Antara tips mengajar anak di rumah dengan berkesan ialah:-


  1. Cuba mendengar masalah anak, cari jalan untuk mulakan komunikasi dengannya.
  2. Cuba sediakan sesi pembelajaran yang seronok seperti sediakan hidangan ringkas kerana sesi belajar yang panjang boleh menyebabkan anak lapar. 
  3. Duduk bersebelahan dengan anak dan bukannya secara berhadapan, kedudukan juga sebaiknya sama aras untuk wujudkan kemesraan. Jika anak selesa, kuranglah ragamnya semasa sesi belajar.
  4. Jika anak kelihatan kurang berminat, cuba tanya dan dengar apa yang dia mahu katakan. Mungkin ada benda lain yang mengganggu fikirannya.
  5. Jangan terus menghukum jika anak kurang memberi kerjasama pada awalnya. Mungkin dia takut tidak mampu mencapai kehendak kita.
  6. Pastikan arahan dan langkah-langkah disampaikan dengan jelas dan mudah difahami, kemudian buat dengan perlahan dan teratur.
  7. Jika anak bercakap, perhatikan wajahnya. Ini akan memudahkan ibu bapa untuk mengenalpasti kekecewaan atau kekeliruan yang berlaki.
  8. Jangan abaikan mana-mana soalan yang diajukan oleh anak. Ini untuk melatih anak agara lebih tekun walaupun susah,
  9. Kurangkan kritikan dan kata-kata negatif sebaliknya berikan dorongan dan sokongan serta kata-kata motivasi.
  10. Jika anak memberikan jawapan yang salah, nyatakan semula soalan dan berikan panduan untuk dia berfikir. 
  11. Sekiranya anak berjaya, berikan pujian supaya dia bersungguh-sungguh untuk teruskan sesi pembelajaran. 


Selain mengamalkan tips di atas, ibu bapa juga boleh menerapkan budaya belajar seperti menyediakan jadual belajar di rumah. Ibu bapa yang mementingkan kecemerlangan perlu bersedia meluangkan masa untuk memberi tunjuk ajar kepada anak-anak. Sokongan dan dorongan daripada ibu bapa inilah yang memotivasikan anak untuk terus belajar di rumah. Nantikan perkongsian saya tentang bagaimana ibu bapa boleh mewujudkan budaya belajar di rumah