Hi! You're Online Now

PERANAN IBU BAPA DALAM MEMASTIKAN KECEMERLANGAN ANAK-ANAK



Ibu bapa berperanan menentukan kejayaan anak-anak dalam peperiksaan. Di sini kami berikan sedikit tips usaha-usaha yang boleh di ambil oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak cemerlang dalam peperiksaan.

Setiap ibu bapa mengimpikan kejayaan daripada anak-anak. Ibu bapa tidak boleh sekadar berpeluk tubuh dan mengharapkan impian menjadi kenyataan. Ibu bapa juga perlu sedar serta memainkan peranan utama dalam memastikan kejayaan anak-anak.

Pertama, ibu bapa perlulah membeli buku-buku rujukan atau buku-buku kerja untuk anak-anak. Ini kerana untuk membiasakan anak-anak untuk membuat latih tubi atau latihan tambahan agar dapat menguasai setiap subjek dengan baik. Selain itu, ibu bapa haruslah menyediakan jadual ulang kaji dan memastikan anak-anak mengikut jadual yang dibuat dan membimbing agar mereka lebih berdisiplin mengikut jadual tersebut. Dengan cara itu juga, anak-anak dapat lebih bersedia untuk menjelang peperiksaan.

Seterusnya, ibu bapa juga wajib menyediakan kelengkapan alat tulis yang cukup untuk anak-anak seperti pensil, pen warna, set geometri dan pelbagai alat tulis. Ini kerana supaya pembelajaran anak-anak tidak terganggu jika alat tulis tidak cukup lengkap. Ibu bapa juga perlu menyediakan makanan yang berkhasiat supaya anak-anak kita mendapat badan yang cergas dan minda yang cerdas dalam kehidupan seharian mereka.

Ibu bapa juga perlu memberi kata-kata perangsang atau motivasi kepada anak-anak. Ibu bapa juga jangalah merendah-rendahkan kemampuan mereka, sebaliknya harus memberi sokongn dan dorongan di setiap tingkah laku anak-anak agar mereka boleh berjaya di dunia dan di akhirat.

Akhir sekali, ibu bapa perlu turut sama berusaha dan tidak sewajarnya menyerahkan tanggungjawab kepada pihak sekolah atau pusat tuisyen sahaja. Ini kerana, kejayaan yang besar bermula dari rumah. Bak kata pepatah, kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.