Hi! You're Online Now

BILA WAKTU YANG SESUAI UNTUK HANTAR ANAK KE TUISYEN ?



"Boleh ke anak saya baru darjah satu dah masuk tuisyen?"
"Tak awal sangat ke umur macam dia masuk tuisyen?"

Umum sedia maklum bahawa taraf pendidikan pada masa kini makin susah. Ada sahaja ibu bapa yang menghantar anak mereka seawal darjah 1 kerana bimbang anak mereka tidak dapat kejar apa yang diajar oleh cikgu di sekolah mereka. Tidak kurang juga ibu bapa yang mengajar sendiria anak mereka di rumah pada waktu malam. Tapi bagi yang bekerja bagaimana pula? sibuk menguruskan rumah, sediakan makan malam untuk keluarga, jadi banyak kekangan masa untuk mengajar anak mereka. Justeru, mereka mengambil langkah mudah iaitu hanya menghantar anak mereka ke tuisyen atau pun mengambil personal coaching iaitu guru tuisyen akan datang ke rumah untuk mengajar anak mereka.

Selain itu, ibu bapa juga harus menitik beratkan kumpulan tuisyen yang di ajar oleh guru tuisyen. Elakkan untuk menghantar anak ke pusat tuisyen yang diajar dengan bilangan pelajar dalam satu kumpulan yang terlalu ramai, kerana itu menyukarkan guru tuisyen untuk memberi tumpuan kepada anak anak murid. Ada juga ibu bapa yang hanya menghantar anak mereka apabila anak mereka menduduki satu peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan IGCSE. Hal berikut, mereka boleh menghantar anak mereka bila menduduki peperiksaan, tetapi berdasarkan prestasi anak mereka juga. Sebahagian besar guru-guru sekolah dan juga guru tuisyen, takut jikalau anak murid mereka tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya pada subjek-subjek tertentu. Guru-guru di sekolah juga sudah tentu bagi latihan terlalu banyak untuk anak murid mereka, seterusnya peranan ibu bapa sama ada mahu mengajar sendiri atau menghantar ke pusat tuisyen sebagai latihan tambahan.

Jadi, buatlah pilihan berdasarkan prestasi anak-anak dan juga kadar kemampuan ibu bapa untuk menghantar anak-anak ke pusat tuisyen. Ibu bapa harus menyusun jadual anak mereka jika mahu menghantar ke pusat tuisyen untuk mengelakkan jadual anak mereka tertindih dengan jadual sekolah dan aktitiviti di sekolah.

SEBARANG PERTANYAAN TENTANG PUSAT TUISYEN ANKABOOT, BOLEH HUBUNGI KAMI MELALUI LINK DI BAWAH :-
.
.
CALL & WHATSAPP KAMI