Hi! You're Online Now

PROGRAM GERAK GEMPUR PT3

PROGRAM GERAK GEMPUR PT3
22 September 2018

🙋🏻‍♀Sebarkan kepada adik beradik, rakan-rakan dan kenalan anda yang akan menghadapi PT3 tidak lama lagi!

💌Jemputan khas untuk pelajar-pelajar Tingkatan 3 ke PROGRAM GERAK GEMPUR PT3

🤝Program ini dianjurkan dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam.

Maklumat Program:

📍Tarikh: 22 September 2018

📍Masa: 8.00pg -5.30ptg

📍Tempat: Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, UiTM Shah Alam

📍Subjek: Matematik & Sains

👨‍🏫Penceramah:
Cikgu Ra’fat Wajdy

❗Program ini terhad kepada 30
pelajar sahaja, pendaftaran bagi pelajar Ankaboot Academy akan diutamakan.

Klik link ini untuk mendaftar secara online

bit.ly/gerakgempurPT3
bit.ly/gerakgempurPT3
bit.ly/gerakgempurPT3

Bagi ibubapa yang ingin mendaftar boleh hubungi pensyarah yang bertugas:

📞Dr Zuraidah: 0122617275

📞Dr Irnie:
0192692145








7 TIPS AJAR ANAK SOLAT YANG MUDAH, DARI 1-10 TAHUN KE ATAS

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, perumpamaan ini boleh kita gunakan untuk mendidik anak-anak untuk belajar menunaikan solat.
Dalam konteks pendidikan awal anak-anak, tanggungjawab untuk mendidik anak untuk bersolat adalah satu amanah yang sangat besar dan berat. Mendidik dan mentarbiyyah anak-anak untuk solat tidak semudah kita mengajar anak ABC atau 123. Tanggungjawab yang besar ini datang dengan pelbagai ujian dan ini memerlukan ibubapa yang bijak.



1) Contoh tauladan yang baik.

Ibubapa adalah contoh terbaik dan terdekat untuk diteladani oleh anak-anak. Ayah yang selalu ke masjid, ibu yang terus bersiap solat ketika mendengar azan dan mendedahkan kepada anak-anak tentang solat berjemaah adalah antara contoh terbaik buat anak-anak.

2) Umur 0 – 2 tahun – Wujudkan suasana yang solehah (Biah solehah)
Walaupun anak-anak masih kecil, tidak mengerti dan tidak faham, namun suasana yang baik dan solehah akan menjadikannya biasa. Dia biasa melihat ibu dan ayahnya solat di awal waktu, solat berjemaah, tahu tentang azan dan mendengar bacaan ayat-ayat al-qur’an. Berkata-katalah dan bercerita dengan anak seperti, ” Tunggu sebelah Ummi ya, Ummi mahu solat.” . Atau ” Terima kasih sayang sebab tunggu Ummi solat.”
3) Umur 2 – 3 tahun – Ajak anak
Sebagai ibu bapa usah merasa jemu untuk selalu ajak anak solat. Biar mereka biasa dengan ajakkan. Walaupun mereka hanya mendengar dan tidak mengikuti, teruskan menyebut setiap kali kita hendak solat. ” Jom ikut Ummi solat!”
4) Umur 4 – 6 tahun – Mengapa kita solat?

Sudah tiba masanya untuk ibubapa bercerita tentang kepentingan solat kepada anak mereka. Penerangan berbentuk cerita dapat memberikan gambaran yang jelas kepada anak-anak.
Dedahkan anak-anak secara kerap tentang masjid. Ajak mereka ke masjid. Perkenalkan tentang adab-adabnya, solat jemaah, hubungan sosial dengan jemaah yang lain dan sebagainya. 
Pada umur begini juga ibubapa sudah boleh menghantar mereka ke tadika Islam yang mengajar mereka tentang solat agar mereka lebih faham dan seronok untuk solat.

5) Umur 7 – 9 tahun – Penekanan dan tanggungjawab

Ini adalah tahun-tahun pengukuhan bagi asas solat bagi anak-anak. Kita sudah menunjukkan contoh, ajakan dan pemahaman sejak lahir. Waktu ini anak seharusnya sudah tahu apa yang perlu dilakukan ketika azan, cara mengambil wudhuk, pergerakan dan bacaan dalam solat.
Walaupun tidak lancar dan tidak cekap, sekurang-kurangnya mereka sudah ada asas. Mencapai umur 9 tahun, ibubapa sudah mula sedikit tegas dan selalu mengingatkan mereka untuk solat.

6) Umur 10 tahun ke atas – Denda dan hukuman

Dalam hadith tentang solat, Nabi membenarkan untuk kita memukul anak yang ingkar solat ketika dia berumur 10 tahun. Tetapi sebelum kita memukulnya, adakah kita telah memberikan pemahaman serta contoh terbaik buat mereka? 
Tidak semudah itu untuk ibubapa menjatuhkan hukuman dan memukul anak. Semoga kita menjadi pemimpin yang adil dalam menentukan hukuman dan denda terhadap anak-anak.

7) Doa

Selalulah amalkan doa Nabi Ibrahim.
Pelbagai teknik dan cara perlu diterapkan oleh ibu bapa di luar sana dalam mengajak anak bersolat. Kekerasan dan paksaan hanya akan membantutkan proses asas pemahaman solat ini.
Semoga anak-anak kita dapat menunaikan solat yang merupakan ibadat yang utama sebagai seorang muslim. Sebagai ibu bapa kita seharusnya memberi pendedahan solat seawal yang mungkin kepada anak-anak kita mengikut usia mereka.

4 Cara Mengajar Anak Membaca

Zaman kita kecik-kecik dulu, cikgu ajar kita membaca dengan cara mengeja. Ingat lagi tak zaman sekolah dulu-dulu?

Cikgu akan ajar abc dulu, kemudian ajar mengeja sukukata terbuka, tertutup dan perkataan.

Cikgu eja kat depan, kita murid-murid ikut mengeja beramai-ramai dalam kelas.

Nostalgia sungguh.



KAEDAH AJAR MEMBACA YANG ADA

Sebenarnya, diluar sana ada banyak cara mengajar anak membaca ni, antaranya
1. Kaedah Mengeja
2. Kaedah Sukukata
3. Kaedah Fonik
4. Kaedah Pandang Sebut

Mari kita ambil tahu serba sedikit tentang kaedah-kaedah ini.


KAEDAH MENGEJA

Dalam kaedah mengeja, kita akan ajar anak mengenal abc terlebih dahulu.

Kemudian, kita akan ajar anak mengeja sukukata terbuka

contohnya begini;

b (sebut bi) + o ( sebut oo) = bo (sebut bo)
l (sebut el) + a ( sebut ae) = la (sebut la)
bola


KAEDAH SUKUKATA

Kaedah sukukata tak banyak berbeza dengan kaedah mengeja. Sukukata tadi dibunyikan tanpa perlu mengeja

contohnya

bo + la = bola
ma + ta = mata

apabila ditunjukkan sukukata 'bo', anak terus menyebut bo dan bukannya mengeja 'b', 'o' = bo.


KAEDAH FONIK

Kadang-kadang ada yang sebut kaedah bunyi. Sebabnya dalam kaedah fonik ni kita ajar anak bunyi huruf dan bukan nya nama huruf


contohnya

b (sebut beh**) + o (sebut oo)
l (sebul el**) + a (sebut aa)

bila bunyi-bunyi ni digabungkan, jadi behooelaa. Sebut laju laju akan tersebut perkataan 'bola'.

** Sebut 'el' dan'beh' dengan 'e' seperti dalam 'emak', bukan 'e' dalam 'ekor'


KAEDAH PANDANG DENGAR

Dalam bahasa inggeris, dikenali sebagai 'whole word method'. Anak akan ditunjuk perkataan yang bermakna, biasanya yang diwakili oleh objek

Anak tidak diajar mengeja, tetapi terus menyebut perkataan itu

contohnya

apabila ditunjukkan perkataan 'bola', anak terus menyebut 'bola'

 

NAK PILIH YANG MANA?

Kesemua cara ini mempunyai pro & kontra masing-masing. Terpulang pada ibubapa nak pilih cara mana. Paling penting, ibu bapa mesti menguasai kaedah tersebut untuk memastikan anak dapat belajar membaca dengan lancar. Pun begitu, saya secara peribadi lebih cenderung kepada kaedah fonik, kerana ia lebih cepat dan pantas. Anak-anak tidak perlu menghafal banyak sukukata sebaliknya hanya beberapa bunyi asas. Tinggal lagi nak gabung-gabung jadi perkataan

KEPENTINGAN SUKAN

Rata-ratanya, begitu ramai masyarakat di Malaysia mahupun dinegara luar sangat meminati sukan. Menyedari hakikat bahawa kerajaan telah mengeluarkan kos perbelanjaan yang begitu banyak untuk menyediakan infrastuktur sukan kepada orang ramai. Sebagai bukti, pada hari ini kita dapat melihat padang permainan, dewan badminton, gelanggang olahraga, dan kemudahan sukan lain yang terbina terutamanya di kawasan bandar kerana lebih mendapat tumpuan orang ramai. Ini adalah salah satu agenda kerajaan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa, sukan bukan sahaja mendatangkan manfaat kepada individu tetapi juga memberikan sumbangan ke arah pembangunan negara.
     Sejak azali lagi, pakar - pakar kesihatan telah mengakui bahawa aktiviti sukan penting untuk kesihatan yang sempurna. Hal ini kerana, semasa bersukan, organ dalaman akan menjadi aktif dan pengaliran darah yang lancar. Selain dari itu, jantung juga akan berfungsi dengan baik dan seterusnya pembakaran lemak yang mendadak juga akan berlaku. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa dengan bersukan, kita dapat mengelakkan daripada terkena penyakit penyakit merbahaya terutamanya obesiti. Kesihatan fizikal mempengaruhi kesihatan mental individu. Masyarakat yang sihat dari segi fizikal dan mental mampu menjalankan tugasan dengan baik seterusnya membantu pembangunan negara.

  Seterusnya, masa lapang seseorang dapat dimanfaatkan dengan bersukan kerana aktiviti sukan lazimnya dilakukan pada waktu yang terluang. Dengan cara yang sedemikian, masyarakat akan lebih meluangkan masa dengan perkara yang lebih berfaedah. Oleh itu, remaja tidak ada kesempatan untuk melepak, melibatkan diri dalam jenayah dan seterusnya melarat sehingga penyalahgunaan dadah. Sungguhpun begitu, ibu bapa juga harus mengambil peranan dengan mengawal aktiviti anak-anak dengan tegas bagi tidak membiarkan 'nasi menjadi bubur' dinasihatkan bahawa ibu bapa hendaklah mendedahkan anak-anak terhadap aktiviti sukan sejak kecil lagi. Bertepatan dengan peribahasa yang berbunyi 'melentur buluh biarlah dari rebungnya' tegasnya, aktiviti sukan dapat mengurangkan gejala sosial dalam kalangan anak muda, malah melahirkan anak Malaysia yang sihat, cerdas serta berkualitii yang mampu memberikan sumbangan terhadap pembangunan negara.

  Di samping itu,sukan juga dapat memupuk persahabatan dan perpaduan dalam kalangan rakyat di sesebuah negara dan seterusnya melahirkan masyarakat yang bersatu padu dan negara yang makmur. Hal ini demikian kerana, apabila sesuatu jenis sukan diwakili oleh peserta daripada pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama dan saling membantu untuk mencapai satu matlamat, iaitu kejayaan. Semasa berada dalam satu kumpulan, akan timbulnya perasaan kekitaan atau espirit de corp dalam kalangan mereka. Semangat satu pasukan akan lebih membara jika kita bermesra antara pemain dengan pemain. Bak kata pepatah, 'bersatu kita teguh bercerai kita roboh'. Hal ini juga penting untuk mewujudkan perpaduan antara kaum dinegara kita. Selain itu, penonton juga akan merasai perpaduan antara satu sama lain kerana mereka  menyokong pasukan yang sama dan saling merasakan kehangatan debaran ketika menunggu keputusan kemengan. Nilai  perpaduan ini menjadi landasan untuk rakyat membangunkan lagi negara.

  Selain itu, apabila sesebuah negara terpilih sebagai tuan rumah bertaraf antarabangsa, pastinya negara tersebut akan didatangi oleh pemain, pegawai,wartawan dan penyokong dari pelbagai negara. Mereka sudah tentu mengekuarkan wang untuk berbelanja. Hal yang sedemikian serba sedikit telah mendatangkan keuntungan kepada negara. Mereka juga akan dipromosikan tempat tempat yang menarik untuk dikunjungi. Situasi ini dapat memajukan lagi industri pelancongan di negara yang berkenaan.

  Kesimpulannya, aktiviti sukan penting bukan sahaja untuk melahirkan anggota masyarakat yang berkualiti tetapi, ianya juga membantu pembangunan negara seterusnya meningkatkan lagi imej sesebuah negara. Menyedari kepentingan inilah, setiap anggota masyarakat seharusnya menjinakkan diri dengan sukan yang sesuai dengan minat, kebolehan dan keupayaan. Sehubung dengan itu, usaha untuk meningkatkan kesedaran orang ramai agar bersukan hendaklah dilaksanakan dari semasa ke semasa. Matlamaf ini akan tercapai seandainya kita menghayati cogan kata 'majulah sukan untuk negara'.,
  

Amalkan Cara Hidup Sihat

Kunci untuk sihat sepanjang hayat
Kunci untuk kehidupan yang sihat adalah mengamalkan cara hidup sihat :
  • Makan secara sihat
  • Tidak merokok
  • Lakukan aktiviti fizikal
  • Belajar menangani stres
Faedah cara hidup sihat:
  • Meningkatkan jangka hayat dan status kesihatan anda.
  • Mengurangkan risiko anda mendapat pelbagai penyakit seperti diabetes, serangan jantung, strok (angin ahmar), tekanan darah tinggi dan kanser.
  • Membuat anda kelihatan dan berasa lebih baik
  • Membolehkan anda memiliki stamina dan keupayaan lebih untuk menikmati kehidupan.
  • Menjadikan anda lebih produktif samada di rumah atau di tempat kerja
  • Secara keseluruhan, penampilan diri anda lebih menarik dan anda akan rasa lebih selesa.
Makan Secara Sihat
  • Nikmati pelbagai jenis makanan
  • Makan mengikut waktu yang teratur (Tiga waktu makan utama – sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam)
  • Pilihlah makanan harian berasaskan Piramid Makanan.
  • Pilih makanan yang rendah gula, garam dan lemak.
Contoh 1 sajian:
Bijirin, produk bijirin dan ubi
  • ½ cawan nasi (putih atau perang)
  • ½ cawan mihun/mi/pasta/lain-lain jenis mi (direndam)
  • 1½ keping capati
  • ½ cawan keledek/ubi kayu/keladi
Sayur-sayuran
Buah-buahan
  • ½ cawan sayur hijau tua bersama batangnya (dimasak)
  • ½ cawan sayur buah/berakar (dimasak)
  • ½ biji jambu berukuran sederhana
  • 1 hiris betik/nanas
Susu, dadih dan keju
Ikan, ayam dan daging
  • 1 gelas susu
  • 1 cawan dadih
  • 1 keping keju
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 1 ketul paha ayam saiz sederhana
  • 2 ketul daging tanpa lemak berukuran kotak mancis
  • 5 sudu besar ikan bilis
Tidak Merokok
Merokok meningkatkan risiko sehingga 10 kali ganda, mendapat lebih daripada 40 jenis penyakit serius seperti kanser paru-paru, emfisima, penyakit jantung dan angina ahmar. Merokok boleh menjejaskan hampir semua organ dan tisu di dalam badan. Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia iaitu 200 beracun dan 63 boleh menyebabkan kanser (karsinogenik).
Kekal sihat! Gunakan kaedah yang betul untuk berhenti merokok:
  • Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok
  • Yakinkan diri
  • Buat nota peringatan
  • Katakan pada diri anda ‘Aku bukan perokok’
  • Tumpukan pada hari ini
  • Sentiasa berfikiran positif
  • Dapatkan sokongan
  • Lawan keinginan untuk merokok
  • Gunakan Terapi Gantian Nikotin (NRT)
  • Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok:
Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
  • Melengahkan-lengah
  • Minum banyak air
  • Menarik nafas panjang
  • Membuat sesuatu
  • Menjauhkan diri dari tempat orang merokok
  • Mengunyah sesuatu
  • Membasuh tangan
  • Mandi dengan kerap
  • Melakukan senaman regangan
  • Memohon doa

Lakukan Aktiviti Fizikal
Aktiviti fizikal merangkumi semua pergerakan badan yang menggunakan tenaga dalam kehidupan seharian seperti bekerja, berekreasi, bersenam dan bersukan.
Hidup tidak aktif boleh mengakibatkan kegemukan dan meningkatkan risiko mendapat penyakit seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan sakit sendi.
Lakukan aktiviti fizikal
  • Lakukan aktiviti fizikal ringan hingga sederhana sekurang-kurangnya 30 minit sehari; tempoh aktiviti ini boleh dijumlahkan sepanjang hari (sekurang-kurangnya 10 minit setiap kali)
  • Pilih aktiviti fizikal yang sesuai dengan anda
Contoh aktiviti fizikal yang boleh dilakukan setiap hari:
AKTIVITI RINGAN
60 minit setiap hari
AKTIVITI SEDERHANA
30 minit setiap hari
  • Berjalan kaki
  • Aktiviti regangan
  • Aktiviti berkebun yang ringan
  • Berjalan laju
  • Berbasikal
  • Berenang
  • Menari
  • Lompat tali
  • Aerobik
  • Berlari-lari anak
  • Turun naik tangga
Bersenam untuk kesihatan jantung. Gunaka FITT sebagai panduan.
FFrequency : (Kekerapan)3 – 5 kali seminggu
IIntensity (Effort) : (Kehebatan)
Sehingga anda berpeluh dan dapat menarik nafas panjang dengan selesa.
Anda masih boleh bercakap tetapi tidak boleh menyanyi semasa menjalankan aktiviti.
TTime : (Masa)Sekurang-kurangnya 20 minit setiap kali (tidak termasuk tempoh memanas dan menyejukkan badan.
TType : (Jenis)Aerobik, bersukan Contoh: bola sepak, bola jaring, badminton, lompat tali, berbasikal.

Tangani Stres
Kemarahan adalah satu masalah utama emosi akibat stres. Stres dialami oleh semua orang sama ada di rumah, sekolah atau tempat kerja. Stres, apabila keterlaluan, berpanjangan dan anda tidak ada kemampuan daya tindak akan membawa kepada kemarahan.
Apa yang harus dilakukan apabila anda marah:
  • Menyedari yang anda sedang marah… Katakan: ‘Saya sedang marah!’
  • Bertenang…kira hingga sepuluh, tarik nafas panjang dan mengucap
  • Kenal pasti kenapa anda marah
  • Cuba dengar penjelasan orang lain
  • Anda perlu beredar jika tidak dapat mengawal kemarahan
  • Berbincang dengan orang lain jika tidak mampu mengendalikan kemarahan
  • Membiasakan diri memaafkan – menerima kenyataan bahawa manusia juga melakukan kesalahan
Cara mengurangkan kemungkinan untuk marah:
  • Berfikir secara positif
  • Jangan salahkan orang lain apabila berlaku kesilapan
  • Belajar menyukai diri sendiri
  • Belajar bertenang
  • Adakan hobi
  • Luangkan masa untuk keluarga, kerja dan beriadah
  • Dapatkan tidur yang cukup
  • Dapatkan teman untuk meluahkan masalah
  • Bersifat tegas/asertif
  • Tetapkan matlamat realistik untuk diri anda
Klik di sini untuk keterangan selanjutnya.…
Semakan Akhir:10 Mei 2012
Sumber:Risalah Bahagian Pendidikan Kesihatan
Penyemak:Wong Swee Fong