Zaman kita kecik-kecik dulu, cikgu ajar kita membaca dengan cara mengeja. Ingat lagi tak zaman sekolah dulu-dulu?
Cikgu akan ajar abc dulu, kemudian ajar mengeja sukukata terbuka, tertutup dan perkataan.
Cikgu eja kat depan, kita murid-murid ikut mengeja beramai-ramai dalam kelas.
Nostalgia sungguh.
Cikgu akan ajar abc dulu, kemudian ajar mengeja sukukata terbuka, tertutup dan perkataan.
Cikgu eja kat depan, kita murid-murid ikut mengeja beramai-ramai dalam kelas.
Nostalgia sungguh.
KAEDAH AJAR MEMBACA YANG ADA
Sebenarnya, diluar sana ada banyak cara mengajar anak membaca ni, antaranya
1. Kaedah Mengeja
2. Kaedah Sukukata
3. Kaedah Fonik
4. Kaedah Pandang Sebut
Mari kita ambil tahu serba sedikit tentang kaedah-kaedah ini.
2. Kaedah Sukukata
3. Kaedah Fonik
4. Kaedah Pandang Sebut
Mari kita ambil tahu serba sedikit tentang kaedah-kaedah ini.
KAEDAH MENGEJA
Dalam kaedah mengeja, kita akan ajar anak mengenal abc terlebih dahulu.
Kemudian, kita akan ajar anak mengeja sukukata terbuka
contohnya begini;
b (sebut bi) + o ( sebut oo) = bo (sebut bo)
l (sebut el) + a ( sebut ae) = la (sebut la)
bola
KAEDAH SUKUKATA
Kaedah sukukata tak banyak berbeza dengan kaedah mengeja. Sukukata tadi dibunyikan tanpa perlu mengeja
contohnya
bo + la = bola
ma + ta = mata
apabila ditunjukkan sukukata 'bo', anak terus menyebut bo dan bukannya mengeja 'b', 'o' = bo.
KAEDAH FONIK
Kadang-kadang ada yang sebut kaedah bunyi. Sebabnya dalam kaedah fonik ni kita ajar anak bunyi huruf dan bukan nya nama huruf
contohnya
b (sebut beh**) + o (sebut oo)
l (sebul el**) + a (sebut aa)
bila bunyi-bunyi ni digabungkan, jadi behooelaa. Sebut laju laju akan tersebut perkataan 'bola'.
** Sebut 'el' dan'beh' dengan 'e' seperti dalam 'emak', bukan 'e' dalam 'ekor'
KAEDAH PANDANG DENGAR
Dalam bahasa inggeris, dikenali sebagai 'whole word method'. Anak akan ditunjuk perkataan yang bermakna, biasanya yang diwakili oleh objek
Anak tidak diajar mengeja, tetapi terus menyebut perkataan itu
contohnya
apabila ditunjukkan perkataan 'bola', anak terus menyebut 'bola'
NAK PILIH YANG MANA?
Kesemua cara ini mempunyai pro & kontra masing-masing. Terpulang pada ibubapa nak pilih cara mana. Paling penting, ibu bapa mesti menguasai kaedah tersebut untuk memastikan anak dapat belajar membaca dengan lancar. Pun begitu, saya secara peribadi lebih cenderung kepada kaedah fonik, kerana ia lebih cepat dan pantas. Anak-anak tidak perlu menghafal banyak sukukata sebaliknya hanya beberapa bunyi asas. Tinggal lagi nak gabung-gabung jadi perkataan
No comments:
Post a Comment