Hi! You're Online Now

7 TIPS MUDAH MEMILIH PUSAT TUISYEN


BAGAIMANA UNTUK PILIH TEMPAT TUISYEN TERBAIK UNTUK ANAK-ANAK?

Sebagai ibu bapa kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan penting seperti UPSR, PT3, SPM dan sebagainya pada tahun ini, saya percaya tentu wujudnya kebimbangan tentang kesediaan mereka untuk menghadapi peperiksaan tersebut tika tiba saatnya nanti. Tentu saja untuk melihat mereka berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang, pelbagai ikhtiar dilakukan. Paling lazim dilakukan oleh para ibu bapa adalah menghantar anak-anak ke kelas tuisyen. Tindakan menghantar anak ke kelas tuisyen adalah merupakan satu langkah yang bijak dan menjadi pilihan popular dalam kalangan ibu bapa. Walau bagaimanapun, untuk memastikan tindakan atau keputusan itu berbaloi, anda harus mempertimbangkan beberapa perkara sebelum memilih pusat tuisyen. Di bawah, saya senaraikan 7 tips mudah memilih pusat tuisyen agar dapat dijadikan panduan oleh ibu bapa khasnya.

1) JENIS PUSAT TUISYEN
Pada masa kini terdapat beberapa jenis tuisyen seperti personal tuisyen, tuisyen berpusat, tuisyen gaya pos da tuisyen online. Pemilihan jenis tuisyen ini bergantung kepada pendekatan atau gaya belajar anak anda sendiri. Jika anak anda cenderung belajar sendiri (self-study) maka tuisyen yang mungkin sesuai dengannya adalah tuisyen online.

2) JARAK RUMAH & PUSAT TUISYEN 
Sebaik-baiknya pilih pusat tuisyen yang letaknya hampir dengan rumah. Ini bagi memudahkan anda berulang-alik menghantar dan mengambil mereka nanti selain daripada menjimatkan masa, tenaga dan kos minyak.

3) KEPERLUAN SUBJEK (MATA PELAJARAN)
Rata-rata pusat tuisyen hari ini menawarkan banyak subjek lain selain daripada subjek teras atau subjek wajib dalam peperiksaan. Tidak kira apa jenis subjek atau mata pelajaran sekali pun, ada baiknya anda memilih subjek yang kurang dikuasai oleh anak anda. Ini bermakna pilih subjek yang lemah dan perlu diatasi segera sahaja. Pemilihan sebegini akan dapat membantu anda mengurangkan kos perbelanjaan yuran tuisyen sekaligus memberi ruang penjimatan yang lebih. Ia juga akan dapat membantu anak anda dalam mengurangkan bebanan tumpuan terhadap mata pelajaran kurang penting dan telah pun dikuasai.

4) BRANDING / KREDIBILITI 
Seboleh-bolehnya pilih pusat tuisyen yang kukuh, dikenali ramai kerana prestasinya serta telah mendapat kepercayaan banyak pihak. Faktor ini bukanlah pengukur mutlak bagi keberkesanannya kerana ada juga pusat tuisyen kecil yang baru ditubuhkan, kurang dikenali tetapi tetap dapat melahirkan calon yang cemerlang. Sebagai pelanggan yang tinggal hampir dengan pusat tuisyen yang dipilih anda tentu pernah mendengar "cakap-cakap" mengenainya jadi anda tentu lebih memakluminya.

5) KAPASITI KELAS
Hal ini juga patut diberikan perhatian sewajarnya sebelum anda memilih mana-mana pusat tuisyen. Kapasiti atau jumlah murid yang terlalu ramai dalam sesebuah kelas tuisyen mungkin mengurangkan peluang interaksi atau tunjuk ajar yang lebih terperinci daripada tenaga pengajar terhadap anak anda. Bukankah salah satu tujuan tuisyen adalah untuk mendapatkan bimbingan lebih khusus daripada guru tersebut?

6) MASA BIMBINGAN (JADUAL KELAS)
Pemilihan pusat tuisyen juag mesti berdasarkan masa bimbingan atau masa pembelajaran supaya jadual yang dipilih tidak bertindan atau bertembung dengan aktiviti lain yang perlu dihadiri oleh anak anda. Sesetengah pusat tuisyen mengadakan kelasnya pada waktu petang yang kemungkinan besar bersamaan dengan jadual ko-kurikulum anak anda. Jadi perlu penelitian lebih terperinci di situ.

7) BUDGET (ANGGARAN PERBELANJAAN)
Sudah tentu faktor ini perlu diambil kira sebelum anda menghantar anak anda ke mana-mana pusat tuisyen. Cuba lakukan survey di beberapa buah pusat tuisyen dan buat perbandingan dari aspek yuran, subjek, masa bimbingan, kos pergi balik dan sebagainya. Ini dapat membantu kita merancang perbelanjaan dan melakukan penjimatan.


SEBARANG PERTANYAAN BOLEH HUBUNGI KAMI MELALUI LINK DI BAWAH, TERIMA KASIH.
.
.
ANDA INGIN TAHU TENTANG ANKABOOT ACADEMY DENGAN LEBIH LANJUT? TEKAN DISINI, KAMI SEDIA MEMBANTU.