1) Merangka karangan
- Baca soalan dengan jelas sebelum merangka karangan.
- Pilih tajuk yang kita mempunyai banyak maklumat atau yang kita pernah buat persediaan.
Ketika merangka karangan carilah fakta dan isi yang terbaik contohnya :-
- Keluarkan pengalaman dan pembacaan yang lalu.
- Ada intro, isi dan penutup.
Jangan menghabiskan masa terlalu lama dalam merangka karangan. Yang diperiksa ialah karangan bukan rangkanya.
2) Karangan berbentuk fakta
- Cari contoh yang terbaik berkaitan dengan fakta yang diberikan.
- Contoh global atau universal lebih diutamakan.
- Gunakan peribahasa, pantun atau kata-kata hikmah orang ternama untuk membuat karangan lebih menarik.
- Beri huraian yang lengkap dan padat.
- Tidak berulang-ulang dalam mengemukakan isi.
- Perbahasan dan hujah hendaklah matang.
- Isi terkini.
3) Karangan berbentuk cerita
- Jalan cerita hendaklah menarik.
- Ada watak yang menarik.
- Ada perkembangan watak.
- Ada klimaks.
- Jangan membosankan.
- Bayangkan diri anda terlibat di dalam situasi cerita tersebut.
- Ada pengajaran yang bermanfaat dari cerita tersebut.
- Berhati-hati dengan tanda bacaan.
Kaedah umum menguasai Bahasa Melayu
- Mandalami tatabahasa.
- Guna ayat yang pendek, ringkas dan jelas.
- Mengetahui cara membuat ayat yang menarik.
- Menambah pengetahuan dengan banyak keratan akhbar dan membaca.
- Mengumpul semua rencana yang berfaedah dan berkaitan.
- Tiru rencana yang baik dengan menulis semula menggunakan stail dan bahasa sendiri.
- Libatkan diri di dalam aktiviti forum, bahasa dan pidato.
- Tawar diri untuk menjadi pengerusi majlis dalam setiap program sama ada yang kecil mahupun yang besar.
No comments:
Post a Comment