Hi! You're Online Now

MENGATASI SIKAP 'MALAS' MURID

Selamat Pagi,

Boleh dikatakan hampir semua sekolah ada masalah sikap 'pelajar malas belajar'. Ramai guru-guru tertanya-tanya bagaimana cara untuk tangani masalah seperti ini. Antara soalan yang kerap diajukan oleh guru-guru adalah :


  • murid tidak mahu buat kerja
  • murid 'malas'
  • macam mana nak buat kalau murid kerap terlupa, lidah pendek, sukar nak sebut perkataan
  • apa yang boleh dilakukan untuk tarik perhatian murid supaya dapat memberi tumpuan semasa belajar

Beberapa aspek perlu dikenal pasti oleh guru untuk memastikan murid tidak menjadi 'malas' atau 'mudah lupa'. Aspek pertama yang perlu diambil perhatian tentulah diri murid itu sendiri. Dengan mengetahui peribadi murid sedikit banyak maklumat yang ada boleh membantu guru. Contohnya, murid tidak mahu buat kerja semasa di rumah kerana apa? Pada pendapat saya, label perkataan 'malas' itu tidak sesuai kerana murid ini sebenanrnya bukanlah 'malas' seperti yang dijangka. Terdapat beberapa kemungkinan yang perlu diambil perhatian oleh guru berkenaan. 

Pertama, guru perlu bertanya sendiri kepada murid secara personal berhubung tugasan yang tidak dapat disiapkan. Di sini, dua kemungkinan dijangka berlaku. Satu, murid tidak tahu atau tidak faham bagaimana hendak menyiapkan tugasan yang diamanahkan kerana tidak faham arahan soalan. Dua, aras penyampaian guru semasa mengajar terlalu tinggi. Murid sukar 'menangkap' butiran kata-kata guru kerana daerah kelemahan murid yang terhad.

Kedua, guru sepatutnya mengetahui aras kebolehan murid berkenaan. Memberi soalan yang banyak dengan aras yang tinggi dan berbeza dengan tahap murid adalah tidak sesuai. Andaikan saya seorang murid yang baru belajar membatang suku kata. Kemudian, guru mengedarkan lembaran kerja berbentuk soalan berstruktur (susun ayat) sebagai latihan pengukuhan. Apabila saya yang tidak tahu membaba berjumpa soalan yang susah, pastinya saya tidak akan buat latihan tersebut kerana bagi saya latihan yang guru beri telah 'membunuh' semangat saya hendak belajar.

Dalam hal ini, guru perlu banyak bersabar dan terus memberi bimbingan kepada murid berkenaan. Masalah mudah lupa juga salah satu faktor mengapa murid tidak dapat menyiapkan kerja rumah. Guru perlu peka dengan keadaan ini. Murid dalam kelas pemulihan sememangnya mempunyai daya taakul yang berbeza dengan murid kelas biasa. Sebab itu setiap kali membuat latihan, soalan berikut kerap terbit dari  mulut murid : 

  • "cikgu!, tulis dalam buku ni nak selang sebaris tak?'
  • "cikgu!, macam ni ke?"
  • "cikgu!, sama tak saya buat?"
  • "cikgu!, buat dalam buku ni ke?"
  • "cikgu!, itu ke?"
  • "cikgu!, ini ke?"

Baiklah, bagaimana hendak berdepan dengan situasi ini?

Pertama, guru mesti lantik seorang 'leader' yang paling cerdik dalam kelas yang boleh menjawab kesemua soalan yang diajukan di atas. Tugas 'leader' ini secara automatik akan menjawab pertanyaan yang diajukan oleh rakan mereka. Tujuannya supaya 'beban' guru menjawap soalan yang sama setiap hari akan kurang. Letih menjawab soalan yang sama setiap hari tau. 

Oleh yang demikian, guru boleh meneruskan  tumpuan mengajar murid dalam kumpulan pengajaran yang terancang.

Masalah lidah pendek dan sukar menyebut perkataan adalah satu masalah yang saling berkaitan tapi kemungkinan untuk 'repair' masalah lidah pendek ini adalah tipis kerana itu adalah 'hasil' kelahiran semual jadi. Hal ini perlu dirujuk kepada yang lebih pakar. Kesukaran menyebut perkataan adalah disebabkan oleh alat altikulari. Ada juga murid yang sukar menyebut perkataan kerana pelat, gagap tidak faham konsep sebutan perkataan asal atau pun kerana terikut dengan loghat negeri. 

Bagaimana hendak mengatasi?

Guru hendaklah menerapkan konsep sebutan yang betul secara berulang-ulang terhadap murd ini. Latih lidah murid menyebut perkataan untuk membiasakan murid menyebut dengan betul. Latih tubi menyebut secara berulang-ulang setiap hari akan membantu murid memperbaiki sebutannya. Bagi murid yang pelat atau gagap, guru perlu mengajar murid ini bercakap dengan tenang satu demi satu patah perkataan. Biasakan murid yang pelat atau gagap melakukan aktiviti ini dengan sesiapa sahaja. Lama kelamaan murid akan dapat menguasai cara bercakap yang baik. 

Perlu diingatkan, bukan semua perkara yang guru lakukan demi murid akan berjaya. Sebarang kejayaan adalah bergantung kepada usaha guru dan murid. Jika sebelah pihak sahaja yang bersungguh susah juga. 

No comments:

Post a Comment